Peluang kedua

28 Apr

Dialog 1

 

Pemandu : Ala la la tok 2x..jangan saman..pleaseeee….saya janji tak buat lagi.

Polis trafik : Takde-takde!!No please-please!!Awak dah memandu dalam keadaan yang membahayakan orang lain.Saman tetap saman!Bercakap menggunakan telefon bimbit sambil memandu tetap satu kesalahan.

Pemandu : Ala janganlah macam ni ..Ok ok apa kata saya belanja tok makan sate.Lagipun kesalahan saya tu tak sengaja.Tadi lampu merah,tu yang saya berani jawap masa driving.

Polis trafik : Hmm..awak ingat saya ni makan rasuah ke?Ok takpe kali ni saya lepaskan awak.Lain kali jangan harap awak nak lepas.

Pemandu : Terima kasih tok.

 

Dialog 2

Teruna : Yang,abang minta maaf.Abang tahu selama ni abang tak ambil berat pasal masalah ayang.Tapi tolonglah bagi abang peluang.Abang betul-betul sayangkan ayang.

Dara : Abang,ayang dah tak larat tau!Selama ni ayang diamkan aje apa yang abang buat.Ayang tak kisah kalau abang keluar dengan sesiapa sebab ayang tahu abang setia.Tapi tak sangka abang tipu ayang.

Teruna : Ayang,abang betul-betul sumpah abang tak pernah main kayu tiga.Itu cuma kawan biasa aje.Kalau ayang tak percaya ayang boleh tanya sendiri kat si polan b si polan tu.Sebab perempuan tu tunang dia.

Dara : Betul ke ni bang?

Teruna :Betullah.Ok abang minta maaf.Memang abang akui abang kurang luangkan masa bersama ayang,tapi abang janji lepas ni abang akan spend lebih masa untuk ayang.Tolonglah bagi abang peluang.

Dara : Ok.Tapi kali ni je.Ayang tak sanggup dah dipermain-mainkan.

 

Dialog 3

Pengawas: Apsal awak datang lambat ni?

Pelajar : Maaf bang.Saya bangun lewat tadi.

Pengawas : Haih..alasan tu dah basi la cik adik oi.No more excuses!

Pelajar : Bang betul bang.Tolonglah jangan ambil nama saya.Saya tak pernah datang lewat.Saya betul-betul bangun lambat pagi ni.

Pengawas : Ok kali ni saya bagi chance.Lain kali kalau awak lambat lagi saya ambil nama.

 

Dialog 4

Dekan : Adila,maaf kami terpaksa membuang awak daripada universiti.Keputusan awak kali ni langsung tidak memuaskan.

Adila : Puan tolonglah beri saya peluang kedua.Saya datang daripada keluarga susah.Adik beradik ramai.Kalau saya berhenti belajar,macam mana saya nak dapat kerja yang baik puan.Tolonglah.

Dekan : Jadi kenapa awak tak berusaha bersungguh-sungguh.Saya bukan tak kasihan.Tapi awak sendiri tiada usaha untuk bantu diri awak sendiri.Tengoklah keputusan awak ni.

Adila : Puan,saya minta maaf diatas segala kecuaian saya.Saya tahu puan.Saya leka sebelum ini.Tapi tolonglah beri saya peluang sekali lagi.Saya akan belajar sungguh-sungguh.Saya janji puan.

Dekan : Hmm..baiklah Adila.Saya bagi awak peluang terakhir.Tapi ingat,awak masih dalam pemantauan kami.

Adila : Terima kasih puan.

 

       Manusia sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.Bersyukurlah jika kita sedar daripada kesilapan tersebut,maka disebabkan itu lahirnya makna  PELUANG KEDUA disini.Sedangkan didalam al-Quran sendiri ada menyebut :

    “(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikan lah aku (ke dunia).” Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak. Sesungguh-nya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.” (QS. Al-Mu’minun: 99-100)

      Jadi peluang itu sentiasa ada selagi tuan  yang memberi peluang itu bersedia menawarkan peluang tersebut.

     Tetapi mari kita duduk sebentar dan fikir akan kehidupan ini.Berapa banyak manusia yang mampu memberikan kita peluang kedua setelah kita gagal melaksanakan peluang yang pertama?RAMAI.Tepat sekali.

     Sekarang fikir pula,dalam ramai-ramai itu berapa banyak yang akan beri kita peluang ketiga setelah peluang kedua pun kita siakan?JARANG!Antara golongan-golongan yang sangup bersabar dengan kita itu,kemungkinan ibu bapa sahaja.Yang sentiasa bersabar dengan karenah anak-anaknya.

     Baik sekarang sebanyak mana peluang yang ibu bapa kita sanggup tahan dengan sikap kita,dengan kelalaian kita?10?20?100?Itu semua bergantung pada diri ibu bapa itu sendiri kerana sesungguhnya mereka juga manusia yang amat lemah yang sentiasa menagih kasih sayang Allah.

      Jadi,dapat disimpulkan tidak akan ada satu makhluk pun dimuka bumi ini yang mampu bersabar dan memberi kita peluang yang banyak untuk menebus segala kesalahan-kesalahan kita melainkan pencipta peluang-peluang itu sendiri.Tidak lain dan tidak bukan Allah s.w.t.

     Berulang-ulang maksiat,dosa,kesalahan dan kecuaian yang sama kita lakukan.Lalu kita bertaubat bersungguh-sungguh.Mohon pada Allah peluang yang kedua.Tapi selepas itu kesalahan yang sama juga kita ulangi.Mohon lagi pada Allah supaya diberi peluang dan ditambahkan lagi keimanan supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.Tapi manusia tidak pernah sempurna,pasti akan ada kesalahan yang dilakukan.Lalu merintihlah sang hamba pada Tuhannya merayu simpati.

     Jadi tiada alasan bagi kita untuk tidak bertaubat setelah melakukan kesalahan yang sama berulang kali kerana Allah itu Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat.Teruskanlah merayu,merintih kerana Allah tidak kedekut seperti manusia.Sehinggalah pintu taubat tertutup atau kita semua dijemput pulang oleh Allah swt ke kampung akhirat.

Firman Allah swt:

“Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan kepadamu.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 Responses to “Peluang kedua”

  1. sinar April 28, 2008 at 3:57 pm #

    salam..nice blog..Alhamdulillah seronok dpt kenal nti..terasa dekat walaupun tak pernah jumpa..dtg la ardul kinanah..n perhaps one day I could go to your place..doakan final exm is just around the corner…

    ::dr sha::

  2. mukminahmujahidah April 28, 2008 at 10:52 pm #

    Wasalam.Jazakillah anti.InsyaAllah moga Allah permudahkan kita semua menghadapi final..InsyaAllah..panjang umur,sampailah ana kat tmpat anti..

  3. nazihah April 29, 2008 at 10:11 am #

    alhamdulillah, ana suka!! tapi, bagaimana pula kalau kita telah berazam untuk tidak mengulangi dosa yang kita lakukan, tapi akhirnya tertewas juga? lalu kita pun bertaubat. selang seminggu dua, kita buat lagi. peluang masih ada kerana nyawa belum meninggalkan jasad. adakah kita dikira tidak bersungguh-sungguh berhadapan dengan peluang seterusnya?

  4. mukminahmujahidah April 30, 2008 at 11:55 am #

    Meskipun ku ulangi dosa noda
    Yang menjanjikan azab sengsara
    Namun ku sedari keampunanMu
    Tidak bertepi

    Bait-bait ni ana sekadar ambil dpd lagu KeredhaanMu dendangan INTEAM.
    Sesunguhnya Allah amat mencintai orang yang selalu bertaubat.Jadi sebab itu ana rs xptt kiranya kita rasa xperlu btaubt..sbb kita pk”Aku bertaubat pun lpas tu buat balik,baik xyah taubat”

    “Dan aku tdk membebaskn diriku(dr kesalahan)krn ssghnya nafsu itu slalu myuruh kpd kejahatan,kcuali nafsu yg diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”(yusuf:53)

    Jadi disini ptgnya utk kita muhasabah diri kita blik,nak capai taubat nasuha bkn mudah,bg ana la sbb kita mmg dcptakan serba lemah,xdpt lari dr mlakukan ksilapan.Bila satu kesalahan yg sama kita ulang,kmdian buat taubat n buat blk,lama2 kita sendiri akn malu pd Allah.Tapi apa2 pun jgn plak kita lupa dgn firman Allah:

    “Dan adapun org2 yg takut kpd kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”
    (an-naazi’aat:40-41)

    Dimana Allah ceritakan kelebihan org yg dpat menahan hawa nafsunya dpd kita ulang kesilapan yg sama.Wallahualam.Mgkin anti blh tambah.Ana ni pn lemah gak.This article are more to my own experience and thought..Masih byk kelemahan. 🙂

  5. nazihah May 4, 2008 at 4:18 am #

    jzk khairan Husna..dikau sumber inspirasiku…!!

  6. hood August 4, 2008 at 12:38 pm #

    Menarik dan tertarik. moga peluang yg masih terbuka membolehkan kita betul2 mengenal sifat allah yg maha pengampun, maha penyayang..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: