Sumber Kekuatan Jiwa

27 Apr

 

Masuk hari ini, cukuplah seminggu aku tidak qiyaam. Puas ku duduk mengoreksi kesilapan diri. Entah di mana. Aku ada mengumpat? Siapa pula yang ku umpati? Rasanya tidak pula. Aku melakukuakn dosa besar? Dosa apa pula? Rasanya tidak ada. Zina hati mungkin? Tak…tak ada. Hatiku bukan milik sesiapa. Solah dhuha telah pun kutunaikan bagi membayar denda diri. Memohon ampun di atas kelalaian dan keteleranjuranku. Ahh….kesal sungguh. Apakah Allah tertunggu-tunggu di manakah hambaKu itu? Letihku melayan tekaan hati yang tidak selesai. Malu aku pada Allah. Da’i apa jika tidak qiyaam. Dari mana datangnya kekuatan tanpa qiyaam.  Petang semalam kulelapkan diri seawal mungkin dengan hajat untuk qiyaam. Mana lah tahu jika hari-hari sebelum ini aku terlalu kepenatan dengan aktiviti harian. Malangnya, ketika azan subuh berkumandang barulah mataku celik kembali dari tidur yang panjang. Oh, dimana silapnya?! Aku teringatkan mad’u-mad’u ku. Adakah kerana lambatnya langkahku mendidik kalian mencampakkan aku ke dalam lembah kehinaan ini? Afwan…afwan…..exam is just around the corner. I need to be fully concentrated!!

 

Petang semalam giiranku memberi sedikit tazkirah. Apakah isi tazkirahku tidak serupa bikin dengan amalku? Ya Allah, ampunilah kesilapanku. Betapa aku merindui saat-saat manis bersamaMu di malam hari. Petang ini tugasku seperti biasa. Usrah perlu diteruskan. Dan tidak ada sesiapa di antara ahli yang sanggup mengambil alih tugasku membuat penyampaian. Sedih aku. Bagaimana harus aku bangkitkan jiwa kalian jika aku sendiri diselaputi kabut kesepian? La halawa quwwata illa billah. masyaAllah….aku teringatkan sesuatu!! Tempoh hari aku ke sebuah grocery di kampus universiti membeli sekeping coklat Vochelle. Aku terlupa membaca ingredients. Ya, inilah puncanya. Mungkin ada sesuatu yang meragukan. Normally sebelum membeli makanan, aku pasti akan membelek-belek setiap sesuatu yang tertulis di atasnya. Selalunya hampir 10 barang aku angkat dan terpaksa diletakkan kembali………lupakah aku pada kisah Imam Syafiee? Beliau terambil rezeki kurma yang bukan miliknya ketika membelinya di pasar. Subahanallah…bagaimana harusku membersihkan tubuhk ini? Apakah kerana darah ini terkandung sesuatu yang haram menyebabkan aku haram mendirikan qiyaam? Ya Allah, bantulah aku membersihkan tubuhku ini. Tapi bagaimana…?

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: