Ciri-ciri Lelaki Idaman

16 Apr

Setiap insan berhajatkan pasangan dalam hidupnya. Ini adalah anugerah dan bukti kekuasaan dan kesempurnaan Dzat Allah sebagai Rabb dan Ilah alam ini. Tahun ini genaplah usia saya 20 tahun.

Subhanallah….sudah panjang relatif umur ini.Namun apabila direnung usia dalam dakwah dan tarbiyyah,ternyata terlalu muda dan kecil. Saya masih ingat kepada pesan seorang sahabat apabila saya berkata “Saya baru setahun jagung dalam tabiyyah”.Lalu teman saya menjawab “Tapi hai sahabatku,jagung masak dalam masa 6 bulan sahaja,”.Saya tertunduk malu. Ada benarnya kata-kata itu. Jika direnung kisah sirah Rasulullah, Abu Bakar mengambil masa yang cukup singkat ketika mengIslamkan ramai sahabat-sahabat awal, contohnya Abdul Rahman Bin ‘Auf, Zaid bin Tsabit,Talhah Ubaidillah dan beberapa lagi sahabat agung yang tiada tolok bandingannya.

 insyaAllah, semoga tulisan ini mampu membangunkan himmah kita dalam membina cita-cita dan impian hidup. Pesan Hassan Al-Banna dalam Rukun Amal ialah teliti dalam memilih pasangan hidup. Mari kita renungkan bersama-sama…

 1. Pemuda yang mempunyai iman yang dinamik. Iaitu Iman yang mempunyai  ciri-ciri khas dengan daya geraknya, daya dorongnya dan gerak aktifnya bagaikan obor yang menyala-nyala, arus yang bergelora, sinar yang menerangi dan api yang membakar. Ini menepati firman Allah:

    “Sesungguhnya orang-orang yang sebenamya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka ti-dak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan hart a dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. ” (Al-Hujurat: 15)

2. Pemuda yang hatinya sentiasa terbuka untuk mengenal Allah, mengharapkan karunia-Nya dan takut kepada-Nya, bertaubat dan bertawakal kepada-Nya serta yakin akan rahmat yang tersedia di sisi-Nya, cinta dan redha terhadap-Nya, merasa tenteram dengan mendekatkan diri kepada-Nya dan dengan mengingatNya. Hatinya membenarkan firman Allah dalam Surah Ar-Ra’du:28. Dengan demikian hati pemuda tersebut menganggap mudah segala kesulitan, memandang manis apa yang pahit, menganggap ringan segala penderitaan, kesukaran dan kesulitan, bahkan semuanya itu enak rasanya selama ia tetap berjuang kerana Allah dan untuk meninggikan agama, ibarat seorang yang dimabuk cinta merasa lazat semua kesulitan perjalanan sampai ia lupa akan haus dan lapar, kerana tujuannya adalah bertemu dengan kekasihnya.

3. Pemuda yang menggemari amalan sunat. Dia adalah perintis kepada generasi Ketuhanan yang suka berjaga malam untuk beribadat kepada Allah dan menahan haus di waktu siang kerana Allah. Sejuknya musim dingin tidak menghalanginya untuk beribadat di malam hari dan teriknya musim panas tidak menghalanginya untuk berpuasa. Kerana dalam beribadat kepada Tuhan ia menemukan kesenangan, dalam ta’at kepadaNya ia merasakan kelazatan dan dalam berdiri di hadapanNya ia memperoleh kebahagiaan, seperti yang diungkapkan oleh seorang soleh masa lalu dengan kata-katanya: “Sekiranya raja-raja mengetahui semua ini tentulah mereka memerangi kami dengan pedang untuk memperoleh kebahagiaan itu.”

4. Pemuda yang  membebaskan jiwa dari pengaruh-pengarah dunia dan mengarahkannya kepada Allah sebelum kepada segala sesuatu yang lain. Dia mengalihkan jiwanya dari setiap keuntungan dan kesenangan duniawi yang tidak bernilai di sisi Allah kepada pemusatan perhatian kepada Tuhan dengan sepenuh kekuatan dan menyiapkan ke arah itu pikiran dan perasaan, serta menyiapkan pula suasana dan sarananya. Kalbunya amat mengimani firman Allah dalam Surah As-Syu`ara ayat 88 dan 89 yang berbunyi “Pada hari harta dan anak-anak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih’’

5. Pemuda pilihan hati Muslimah ini sangat menjaga keikhlasan hatinya kerana dia amat yakin bahawa Allah SWT tidak menerima, kecuali amal yang ikhlas kerana-Nya.  Sebab itu dia tidak menyukai amal yang berbau syirik dan hati yang musyrik. Amal yang berbau syirik dan hati yang syirik tidaklah diterima-Nya. Dia berpegang kepada ayat

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.” Al-An’am: 162-163.

6. Lelaki idaman wanita ini mempunyai kemahuan kuat yang tidak goyah, kesetiaan yang utuh yang tidak berubah dan tidak khianat, pengorbanan yang tak dapat dihalangi oleh nafsu tamak dan bakhil, mengetahui prinsip, meyakininya dan menghormatinya, yang menjauhkan diri dari kesalahan, penyimpangan dan tertipu dengan yang lainnya. Atas dasar empat perkara yang merupakan kekhususan jiwa ini dan atas kekuatan rohani yang mengagumkan ini, terbinalah prinsip-prinsip hidupnya, terdidiklah bangsa yang sedar, terbentuklah umat yang segar dan kehidupan pun mempunyai wajah baru di kalangan orang-orang yang sudah sejak lama membenci kehidupan. Subhanallah….

ya Allah....kurniakan kami teman hidup yang membawa kami menuju redhaMu

7. Pemuda harapan ini adalah manusia yang bekerja untuk menegakkan agama, membangun umat dan menghidupkan kebudayaan dan peradaban.Dia tidak menyerah pada kenyataan bahkan bekerja dan berusaha merubahnya sebagaimana diperintahkan oleh Allah. Dia juga tidak mencari-cari alasan dengan dalih qadha dan qadar dan takdirNya yang tidak bisa ditolak.

8. Dia juga menjadi anggota komuniti yang berguna dalam masyarakatnya, ia selalu mengerjakan kebaikan dan mengajak kepadanya, membenci kejahatan dan melarang daripadanya, menolong orang fakir, menuntun orang lemah, mengajar orang jahil,mengingatkan orang yang lengah, memberi peringatan kepada orang yang berbuat maksiat, mengingatkan orang yang lupa, mengunjungi orang sakit, melawat orang mati dan menghibur keluarganya, memperhatikan nasib anak yatim, menyuruh memberi makan orang miskin dan ikut serta dalam setiap usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat, jika ia bukan pelopornya danpenganjurnya.

Wahai sahabat seperjuanganku,telah saya bentangkan panjang lebar karakter pemuda idaman.Sesungguhnya membina rumahtangga ertinya membina ummah.Oleh itu,usah tersilap membuat perhitungan kerana kelalaian akan membawa kemusnahan.Timbanglah dengan neraca iman dalam memilih pasangan hidup anda…!!

 

 

 

 

 

 

 

5 Responses to “Ciri-ciri Lelaki Idaman”

  1. nurul July 22, 2008 at 10:05 am #

    salam

  2. nurul July 22, 2008 at 10:07 am #

    salam
    cerita yg menarik,bnyak input yg blh didapati………mempunyai mkna yng tersendiri.

  3. mukminahmujahidah July 22, 2008 at 6:03 pm #

    alhamdulillah..moga ia memberi manfaat pada semua

  4. muharrikdaie April 17, 2009 at 9:59 am #

    Ukhti …memang itu idealnya ….tapi amat sukar melalui proses itu. Perlu mujahadah berterusan. Bergelut dengan kerja dan dakwah.Pengorbanan wang ringgit yang tidak teraudit …

    Pemuda begini harus melalui proses tarbiyah yang berterusan dan harus mempunyai tarbiyah hamasah al lahibah yang tinggi dan kesedaran yang tidak kunjung malap.

    Perkahwinan satu ujian … sekiranya tanpa bantuan isteri, pemuda begini pun akan cair dirumah sendiri …

    Oleh itu pembinaannya harus berteraskan kesedaran kedua dua dan bersifat taawun illalah …barulah terujudnya team kehidupan yang akan melahirkan keluarga dakwah yang ada penerusan … sekadar pandangan

  5. irhafiz April 28, 2009 at 4:44 am #

    Setiap patah lakaran ayat Imam Hasan al Banna tersebut amat mendalam sekali. Terima kasih untuk ingatan kepada kami kaum Adam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: