Mujahadah=Jihad

8 Feb

Islam  telah  menunjukkan kepada kita  beberapa  jalan  yang boleh  menyampaikan  kita kepada taqwa. Salah  satunya ialah dengan mujahadah. Ustadz Syed Hawwa menjelaskan,” Kita bermujahadah ini adalah untuk mendapatkan  petunjuk  daripada Allah SWT “.  Oleh  itu  mujahadah ialah jalan untuk kita mendapat petunjuk daripada Allah SWT  agar petunjuk  itu  masuk  ke dalam hati  kita. Untuk melaksanakan mujahadah ini kita perlu mengikuti jalan yang  betul iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

eygjmjghmj.jpg

 Hidayah Allah SWT merupakan mukaddimah kepada taqwa. Ini  bermakna  taqwa itu  diperolehi  hasil  dari  anugerah hidayah  yang  diberikan oleh Allah SWT kepada  orang-orang  yang bermujahadah. Ini bererti seseorang itu tidak boleh  menjadi  orang yang  bertaqwa dengan akal fikirannya sendiri , dia  nak  berubah menjadi  orang  yang  baik dengan menggunakan  akal  fikiran  dia sendiri. Firman Allah  SWT :

“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami,benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan    kami.     Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat baik “. ( Surah al Ankabut : 69 )

 

Ini    merupakan   janji-janji   Allah s.w.t  kepada    mereka    yang bermujahadah,  Allah s.w.t  akan   berikan   kepada   mereka    hidayah.   Sesungguhnya   Allah s.w.t   tidak  pernah  memungkiri   janjinya.   Sesungguhnya  Allah benar-benar akan berserta dengan  orang-orang yang berbuat baik. Mujahadah  akan membawa  kita kepada hidayah sementara hidayah pula akan  membawa kita kepada taqwa.  

praying.jpg

 

Satu perkara penting dalam bermujahadah dan  mendapatkan hidayah daripada Allah SWT ialah  uslub  ataupun jalan-jalan  yang  kita  lalui untuk  bermujahadah  itu  mestilah mendapat  taufik ataupun persetujuan daripada Allah SWT. Titik-tolak  yang betul untuk mendekatkan  diri  kepada Allah SWT ialah dengan bermujahadah. Kita berjihad dan  berusaha. Sebab  itulah  ulama’-ulama’ yang  muktabar  menggariskan  bahawa jihad  itu perlulah dijadikan sebagai matlamat hidup kita.  Dalam hal matlamat hidup ini sekiranya kita baca  Allah SWT berfirman;

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya  mereka semua beribadah(mengabdikan diri) kepadaKu”.   (Surah az Dzariyat : 56) 

Matlamat  kita  ialah  untuk beribadah  kepada  Allah, atau dalam erti kata lain ialah  jihad  untuk  mencari keredhaan Allah. Kita  diwujudkan  adalah  untuk berjihad  menegakkan kalimah syahadah, menegakkan deen Allah  SWT di atas muka bumi ini. Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berterusan  dan perlu   diutamakan  kerana  hal  ini  telahpun  dinyatakan   oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud  : 

”   Seutama-utama jihad ialah orang yang berjihad terhadap  hawanafsunya dalam mentaati Allah azzawajalla  “. 

Jihad melawan hawanafsu ini pula terbahagi kepada 4 bahagian:- 

1.   Berjihad  untuk mendapat  hidayah(petunjuk)  daripada  Allah SWT.- kita berusaha, berikhtiar untuk mendapat petunjuk  daripada Allah SWT.(petunjuk Allah ialah Islam itu sendiri).

 2.  Melaksanakan Islam, petunjuk Allah SWT itu di dalam kehidupan kita setiap hari dalam pelbagai aspek kehidupan kita.                            

 3.   Menyampaikan  Islam yang telah kita  laksanakan  itu  kepada orang lain.

 4.   Bersabar di dalam menyampaikan Islam kepada orang lain.

  Jadi  ada 4 peringkat jihad di dalam melawan hawa  nafsu  ini maka  barulah  sempurna  proses  jihad  melawan hawa nafsu ini.  Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Syed   Hawwa menjelaskan,”   Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT   “. 

Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT. Mujahadah itu mestilah bertitik-tolak dengan beriman  kepada Allah  dan  beriman  kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang  lain seperti  beriman kepada Muhammadur Rasulullah.  

By Abu Umar

Edited: Nazihah

 

 

2 Responses to “Mujahadah=Jihad”

  1. mukminahmujahidah February 20, 2008 at 4:03 pm #

    bila baca artikel ni rasa mcm terkena kat batang hidung sendiri..sukarnya nak berjihad melawan hawa nafsu….T_T

  2. Zil-el-Saif April 14, 2008 at 11:37 pm #

    tiada jihad tanpa tadhiyyah

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: