Demam Imtihan

Buat peringatan pada diri dan semua  

     Buku-buku penuh diatas meja,berselerakan.Tidak tahu mana satu yang perlu didahulukan.Ku ambil buku Geometry,selak-selak.Ahh..banyaknya kena proof..pening kepala…macam mana pulak tiba-tiba boleh jadi macam ni?Tak logik la maths ni!Aaah..!! aku merungus…ambil pula buku calculus,Banyaknya formula,apasal pulak graf dia tiba-tiba jadi macam ni?Aahh..” lantas ku letak kembali buku tersebut.Alamatnya satu subjek pun belum ditelaah lagi.Macam mana ni?Masa tinggal sikit je lagi sebelum final..nak mula dari mana ni?” Ku pegang kepala,melepaskan geram.Lantas bercucuran air mata jatuh ke pipi.Astaghfirullah al azim…apa aku buat ni..Ni kan ilmu Allah,kenapa aku benci sangat dengan ilmu Allah hanya disebabkan kelalaianku..astagfirullah..”

  

   

  

     Sahabat-sahabat yang dikasihi,pertama-tamanya ingin sekali saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi diatas segala nikmat yang Dia kurniakan.Tidak pernah putus-putus dan tidak jemu-jemu nikmat yang dicurahkanNya.Selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah SAW,keluarga serta sahabat baginda.

  Alhamdulillah,Allah beri kesempatan pada saya untuk berkongsi sedikit catitan buat semua.

   Saya pasti sahabat-sahabat semua sekarang sedang bertungkus lumus memerah otak bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.Kami disini juga tidak ketinggalan dalam merasai demam imtihan.Walau bagaimanapun saya pasti ramai yang berasa tertekan dan sedih kerana masih banyak yang belum dibaca atau di”cover” dengan kesempitan masa yang ada sekarang ini.

  Situasi diatas kerap kali berlaku dalam diri kita,termasuklah dalam diri saya sendiri.Kita sering mempertikaikan nikmat yang Allah beri sedangkan itulah yang terbaik buat kita.

 ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
 Surah Al-Baqarah ayat 216

  Berbalik pada ilmu Allah.Kadang-kadang apa yang kita pelajari tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang kita inginkan.Ingin saya memberi contoh diri saya sendiri.Boleh dikatakan lebih 50% daripada ilmu-ilmu yang saya perlu pelajari tiada kena mengena dengan kerjaya yang ingin saya ceburi nanti,pada zahirnya.Tapi ingatlah bahawa ilmu yang kita tuntut bukanlah sekadar untuk melayakkan kita mendapat kerjaya yang diidamkan tetapi ia sebagai satu alat bagi kita untuk menempuh hidup ini.

   Pernah tak kita dengar seseorang yang mengadu “Buat penat je aku usaha sungguh-sungguh,hasilnya takde ape2″

   Disini ingin sekali saya menekankan bahawa kita sebagai manusia yang sering alpa selalu memandang kepada hasil.Kita sering kecewa jika hasil yang kita dapat tidak sepadan dengan usaha yang kita buat.Tapi Allah tidak pernah memandang hasil yang kita dapat,tapi Allah memandang usaha kita.

   Mereka senang dengan usaha mereka sendiri (Al-Ghasiyah:9)

    Allah telah menjelaskan didalam ayat diatas bahawa penghuni syurga akan berasa senang dengan usaha mereka di akhirat kelak.Lihatlah,Allah tidak mengatakan yang mereka akan senang dengan hasil yang mereka perolehi,tetapi USAHA.

    Oleh itu sahabat-sahabatku sekalian,janganlah kamu bersedih jika kejayaan tidak menjadi milikmu.Apa yang kau impikan tidak jadi kenyataan.Apa yang diusahakan tidak berhasil,kerana setiap titik peluhmu akan Allah nilai dan hitung.

  Tuntutlah ilmu Allah.Walaupun kamu membencinya kerana disana pasti ada kemanisan.Kalau bukan sekarang InsyaAllah di akhirat,ganjaran menunggu.

     Bagaimana pula bagi yang tidak berusaha?Berdoalah pada Allah.Yakin dengan pertolongan Allah.Allah jualah yang mampu memberi kekuatan untuk kita terus berusaha dan bermujahadah.Tanpa Allah siapalah kita.Mengadulah pada Allah,merintihlah pada Allah biar perihal anak kecil sekalipun kerana itu yang Allah suka.Allah merindui rintihan daripada hamba-hambaNya yang beriman.Bukankah kita semua hamba yang beriman?InsyaAllah.

Saya mendoakan kejayaan sahabat-sahabat semua di dunia dan akhirat.

Mohon bantuan sahabat-sahabat untuk mendoakan kejayaan dan kemudahan buat saya disini juga.

Wallahualam.

By:Husna

Kidderpore Avenue,London.

.

1 Response so far »

  1. 1

    nazihah said,

    exam ana dah pun start. benar seperti yang anti katakan, kita sering memandang hasil. hanya hati yang pasrah yang redha dengan kejayaan yang tak sebesar mana walau pun telah banyak berusaha sehabis daya.

    nampaknya masih terlalu banyak elemen dalam diri yang mesti direnung dan dididik segera. rasanya untuk tiba ke peringkat redha, masih jauh lagi untuk dicapai. untuk ketika ini, sabar pun belum tentu mampun bertahan lama mana.

    jzk, tulisan anti mendidik ana. alhamdulillah, moga hati kita lapang menghadapi exam di dunia ini sebagai bekal menempuh exam di akhirat, InsyaAllah.

    pray for my success. Dean’s list this sem….? Wallahua’alam. Kita strive for the best, tetapi kejayaan milik Allah jua.

    miss anti….always.


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words