Archive for cerpen

CERPEN – Jalan-jalan

  Perjalanan pada petang itu dimudahkan.Kami tiba kira-kira pukul 6.40 petang di Victoria Coach Station.Masih ada 10 minit sebelum menaiki bas untuk ke Birmingham.Segalanya berjalan lancar.Tempat duduk kami tidak terpisah,memandangkan jumlah kami genap,seramai 8 orang.

  Tepat jam 7.00 petang,bas mula bergerak.Aku mengingatkan kepada adik-adik juniorku supaya membaca doa menaiki kenderaan.Kemudian ditambah oleh Kak Sarah supaya memperbanyakkan doa ketika bermusafir kerana doa seorang musafir lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.Aku hanya mengiyakan.

  Perjalanan berjalan dengan lancar.Diawal perjalanan aku asyik melihat kearah tingkap bas,bersebelahan dengan Kak Sarah yang duduk disebelah ku.Tiba-tiba hati menjadi sayu.Pemandangan diluar seolah-olah pemandangan berada di lebuh raya di Malaysia.Imbauan perjalanan pulang dari Kangar ke Ipoh ketika di Kolej Matrikulasi dahulu muncul di minda.Satu-satu kenangan lalu terbayang kembali.Aduh…betapa ku rindu Kolej itu.Tempat aku mula mengenal diri.Betapa aku rindu sahabat-sahabat ketika itu.Yang banyak membantu meningkatkan diriku.

   Aku juga teringat pada kampung halaman dan ahli keluarga.Hampir setahun tidak ketemu.Entah bagaimana keadaan mereka ketika itu.Hatiku sebak.Cuba ku tahan supaya tiada mutiara yang jatuh daripada kelopak mataku.Aku memandang kepada Kak Sarah.Dia sedang tidur.Ku lihat juga pada junior-juniorku,mereka juga sedang tidur kecuali dua daripada mereka.

 Aku cuba juga untuk melelapkan mata,tetapi tidak terdaya.Otakku ligat memuhasabah diri.Benarlah firman Allah didalam surah Al-Hajj ayat 46,

Maka tidak pernahkah mereka berjalan dibumi,sehingga hati (akal) mereka dapat memahami ,telinga mereka dapat mendengar ?Sebenarnya bukan mata itu yang buta ,tetapi yang buta adalah hati didalam dada.

  Ya,mungkin hatiku buta saat itu.Hatiku terasa gersang.Allah suruh berjalan maka aku berjalan melihat alamNya.Memuhasabah diri sendiri betapa kerdilnya aku disisi Allah.Melarikan diri sebentar daripada kesibukan kota London yang penuh sesak.

  Tetapi kenapa Birmingham?Ada apa?TIADA APA.Tiada tinggalan sejarah Islam disitu melainkan ada kilang coklat CADBURY terbesar di Bournville,BULL RING salah satu Shopping Complex yang terbesar di England dan apa lagi ya?Hmm..tiada apa.Cuma ia masih ada alam yang hijau.Suasana yang mendamaikan.Ada sahabat-sahabat untuk diziarahi dan ada teman-teman yang bersama untuk saling kenal-mengenal dan mempererat ukhwah.Walaupun pada mulanya aku hanya merancang untuk pergi sendiri bersama Kak Sarah dan rakannya tetapi susunan Allah itu cantik.

Berjalan..melihat..dan mentafsir..

Berjalan..melihat..dan mentafsir..

  Kupanjatkan doa banyak-banyak padaNya,moga perjalanan ini bukannya sia-sia.Moga ada kebaikan disebaliknya.Lama ku memuhasabah diri,kelopak mata terasa berat.Ingin sahaja melelapkan mata sebelum dikejutkan dengan bunyi lagu Tamil daripada penumpang dihadapanku.Bising.Lama mereka begitu.Sekali sekala aku dengar ada juga penumpang yang cuba memberi isyarat bunyi supaya dua penumpang itu memberhentikan lagu tersebut tetapi masih tidak berkesan.Bukanlah aku bersifat perkauman tetapi perbuatan penumpang itu benar-benar sudah melanggar hak-hak penumpang lain.Bukannya tidak boleh mereka menggunakan ‘earphone’,tetapi memandangkan mereka lelaki,aku tidak berani menegur.Takut-takut juga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.Mungkn mendiamkan diri lebih baik.

  Kak Sarah disebelahku terjaga.Mungkin juga kerana gangguan muzik itu.Ku lihat junior-juniorku yang tidur tadi juga terjaga.Hatiku berkira-kira,nampak gayanya perjalanan kami kali ini akan ditemani muzik Tamil sehingga tiba di destinasi agaknya.

  Tiba-tiba terdengar pula muzik kuat daripada penumpang disebelah kananku.Tanda protes agaknya.Aku hanya menggelengkan kepala.Keburukan dibalas dengan keburukan pula.Diikutkan hati tadi mahu sahaja aku juga memasang lagu-lagu yang lebih sedap didengar seperti alunan Al-Quran atau nasyid untuk membalas bunyi bising daripada dua penumpang dihadapanku.Tetapi memandangkan teringat akan pesanan Rasulullah SAW supaya menjadi seperti pohon buah,apabila dilemparkan batu,kita memberi buah,langsung aku membuang jauh-jauh niat itu.Lagipun jika diturutkan itu bermakna aku mengikut rasa nafsu amarahku bukannya kerana tolakan iman.

   Agaknya setelah menyedari penumpang dikananku memprotes,dua orang penumpang dihadapanku memberhentikan muzik mereka.Tetapi malangnya penumpang disebelahku masih juga membiarkan muzik dari telefonnya berkemundang.Tidak sunyi kami malam ini.Hatiku berbisik.

  Akhlak?Mulia?Mungkin itu yang dapat ku katakan apabila melihat penumpang dibelakangku tiba-tiba menegur penumpang dikananku tentang muziknya.Tegurannya yang berhikmah yang benar-benar membuka hatiku.

“Excuse me sir,is that music come from your mobile?”Pemuda mat saleh dibelakangku mula menegur.Aku hanya menjeling melihat mereka.Sambil didalam hati terasa lega.Ada juga orang yang berani menegur.

“What?Do you want me to cut off the music?”Lelaki berkulit hitam disebelahku pula bersuara.Gaya suaranya seperti mahu melenting.Aku sudah risau.Tetapi cepat-cepat dibalas oleh lelaki mat saleh itu.

“No but do you mind using the earphone?If you don’t have any,I could lend mine to you.”

“Yeah.Can you give it to me?”

 Subhanallah.Keadaan senyap akhirnya.Aku bersyukur kepada Allah kerana memilih aku untuk melihat kejadian ini.Akhlak mulia?Betapa ia telah hilang dikalangan hamba-hamba yang mengaku sebagai orang yang beriman.Aku teringat anak-anak muda dikalangan bangsaku sendiri.Jangan dikatakan akhlak-akhlak Islam,adab-adab Melayu sendiri sudah tercemar dan tidak diamalkan lagi.

   Aku teringat juga pada kelemahan diriku sendiri.Berlemah lembut,baik budi bicara,tidak menyakiti orang lain bukankah akhlak yang amat disukai oleh Allah dan Rasulullah?Ia sekarang semakin pudar dikalangan masyarakat Islam dan tidak lupa juga pada para duat.Para duat yang seharusnya menjadi contoh pada masyarakat kadang-kadang terlepas pandang akan hal ini.

Berakhlak mulia dan berbuat baik kerana apa?

Tolakan iman atau fitrah?

Kerana fitrah manusia itu memang sukakan kebaikan.Tetapi adakah sekadar itu sahaja?

Mungkin aku perlu lebih banyak memikirkan persoalan ini.

 Birmingham..

 Bukanlah perjalanan yang sia-sia.

Malah berjalanlah kemana pun..ia tidak akan sia-sia

Jika kita meletakkan Allah sebagai tujuan utama..

Alhamdulillah..

Comments (1) »

Masih Ada Waktu X (akhir)

  

    Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Mendinginkan tubuh.Kelihatan beberapa kanak-kanak berkejar-kejaran.Ikhwan bersama adik-adik usrahnya beserta Muhammad Zaini duduk dihujung padang.Angin dingin yang menghembus sekali-kala menyapa lembut muka dan rambut mereka.Subhanallah,enak sekali ciptaan Allah.Firdaus menguis-nguis rambutnya,membetulkan posisinya setelah ia jatuh berjurai menghalang pandangan.

   “InsyaAllah,sekarang ni pukul 5.30 petang,kita ada masa untuk jungle trekking lebih kurang 1 jam.By 7.00 pm make sure everyone is here.”Musa’b memberi arahan.Ikhwan sengaja memberi peluang kepada adik-adik usrahnya untuk mengetuai ekspedisi mereka kali ini.Pertemuan yang dirancang ini akan diisi dengan pelbagai program riadah dan pengisian ruhi.Malam ini akan ada sesi luahan rasa,dimana masing-masing akan berkongsi perasaan,masalah dan apa sahaja yang terlintas,yang merunsingkan jiwa selama ini.Esoknya mereka akan ke Teluk Batik,menghabiskan masa untuk berkelah seharian disana.Dan sudah pasti Ikhwan tidak akan sekali-kali membiarkan segala aktiviti berlalu tanpa ada pengisian rohani.Jika berpeluang pasti akan diselitkan dengan sedikit tazkirah ringan terutamanya dengan kehadiran Muhammad Zaini.

  Diikuti hari berikutnya,Ikhwan akan membawa adik-adik usrahnya beserta Muhammad Zaini menziarahi sahabat-sahabatnya yang tingal disekitar Perak.Sehinggalah dua hari sebelum majlis perkahwinan kakaknya,Nur Afrah,mereka akan sama-sama kembali ke Ipoh untuk turut membantu persiapan majlis perkahwinan tersebut.Begitulah Ikhwan,seboleh-bolehnya tidak mahu ia menghabiskan waktunya dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Dia semahu-mahunya ingin mencontohi junjungan mulia Rasulullah SAW serta para sahabat,dimana setiap nafas adalah nafas jihad yang seharusnya juga dicontohi oleh seluruh umat manusia.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 “Ameen”

   Orang ramai mengaminkan doa daripada tok kadi.Maka termeterailah ikatan antara Ustaz Khairul Nizam dan Nur Afrah.Di satu sudut Nur Afrah kelihatan tersipu-sipu.Menahan rasa segan didada.Dia kini sudah pun sah bergelar isteri orang.Membawa maksud tanggungjawabnya semakin bertambah sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya pada keluarga mertuanya juga.Kini syurganya beralih kebawah tapak kaki suaminya.

  Paluan kompang berbunyi.Orang ramai telah pun mula menjamu selera di bawah khemah.Alunan selawat dan lagu nasyid berkumandang meraikan raja sehari.Cuaca hari itu sangat cerah.Bagai meraikan juga pasangan pengantin yang disatukan atas jalan dakwah.Ustaz Yusoff dan Puan Maryam sebagai tuan rumah tampak sibuk menyambut tetamu.Dihulurkan senyuman pada setiap tetamu yang berkunjung.Tetamu-tetamu tidak sudah-sudah mengucapkan tahniah kepada mereka diatas pernikahan puteri sulung mereka.

   Ikhwan dan Sakinah juga agak sibuk terutamanya dalam menghulurkan bantuan menyambut tetamu juga.Adik-adik usrah Ikhwan juga turut membantu.Ketika inilah sahabat yang jauh malah yang dekat bersua.Kawan-kawan yang sudah lama tidak bertemu kini berada di hadapan mata.Adik-adik Ikhwan dan Sakinah,iaitu Zakwan dan Uzair juga tidak kurang sibuknya.Berlari kesana-sini berkejaran sesama sepupu mereka.Al-maklum ketika inilah masa semua keluarga dan saudara mara daripada kedua pihak dapat berkumpul.

 ”Assalamualaikum Ikhwan!”

    Ikhwan terkejut apabila menyedari bahunya ditepuk kuat.Sakit,dia menyapu baju melayu birunya itu.Ikhwan kemudian berpaling,ingin mengetahui gerangan yang menepuk bahunya itu.

  “Subhanallah!Antum rupanya!Bila sampai sini?”Terpancar senyuman di bibir Ikhwan,menampakkan lesung pipitnya.Ikhwan menyalami sahabat-sahabatnya yang datang jauh dari Perlis,Ridzuan,Hakimi dan Muqarrabin.

   “Baru aje sampai ni.Bertolak pukul 9 pagi tadi.Ni mai dengan beg-beg ni,faham dak tandanya?”Hakimi menyakat Ikhwan.

    “Mak aii!Besaqnya beg!Nak duk sini terus ka?”Giliran Ikhwan pula menyakat sahabat-sahabatnya.Mereka semua ketawa,terhibur.Ikhwan kemudian menjemput sahabat-sahabatnya duduk dibawah khemah lelaki.

   “Nanti ana kenalkan dengan mad’u-mad’u ana ye.Antum semua makan dulu.Ana nak ke sana kejap.”Ikhwan meminta diri sambil menunjuk ke arah hujung khemah.Matanya melilau mencari kelibat seseorang.Dia kemudian ke hujung khemah yang satu lagi,juga tiada.Kemudian dia mengatur langkah kembali ke tempat para sahabatnya menjamu selera.

    “Anta ni kenape?Dari tadi ana duk tengok ke hulu ke hilir.Rimas kami dibuatnya.Tunggu marka ke?”Ridzuan menyakat.

    “Ish ana mana ada buah hati.Anta ni saje nak menyakat ana.”Mereka semua ketawa.Hampir sahaja semua tetamu berpaling pada mereka.Masing-masing cuba menutup mulut,menahan ketawa apabila gelagat mereka menjadi perhatian.

   “Ana cari Syafiq ni.Dia tak datang dengan antum ke?Ana tak sempat lagi contact dia sejak dia balik sini.”Ikhwan akhirnya meluahkan kegusaran hatinya.

   “Syafiq Ismail ke?Astaghfirullah al azim.Kami tak tau pulak dia ada kat Perlis.Bila dia balik?”Giliran Muqarrabin pula bertanya.

   “Allah.Ana lupa pula nak bagitau antum.Tak dan.Dia ada bagitau ana dulu suruh bagitau semua sahabat kita,cuma ana ni la sibuk entah ke mana.” Ikhwan menepuk dahinya.Kesal dengan sikapnya.

   “Sibuk ana ni pun buat ana tak sempat langsung nak hubungi dia.Dia sepatutnya sampai sini dua hari lepas.Itu katanya waktu dia email ana dulu.”Muka Ikhwan murung.Geram dia dengan sikap dirinya yang alpa.Kesibukannya membantu menguruskan persiapan majlis perkahwinan kakaknya Nur Afrah dan melayani adik-adik usrahnya membuatkan dia terlupa untuk menghubungi sahabatnya Syafiq.

    “Ala,ana kenai Syafiq.Dia tu orang jenis tepati janji.Sat lagi mai la tu.Ana pun dah lama tak jumpa dia.Bertambah segak la na dia tu.Putih melepak agaknya duk UK tu.”Ikhwan tersenyum mendengar celoteh Hakimi.Hatinya sedikit lega.

   Matanya kemudian tertumpu kepada dua batang tubuh pemuda.Seorangnya agak gempal dan seorang lagi berbadan sasa.Dia tidak pernah mengenali kedua-dua pemuda itu.Mereka baru sahaja tiba,menyalami bapanya.Ustaz Yusoff kemudian bersembang agak lama dengan dua orang pemuda tersebut.Ikhwan gagal untuk menangkap kata-kata mereka.Beberapa ketika kemudian Ustaz Yusoff menudingkan jarinya kearah  Ikhwan.Dua pemuda itu menuju ke arah Ikhwan setelah meminta diri daripada kedua ibu bapanya.

   Ikhwan terkejut dirinya menjadi tumpuan.Tetapi dia cuba tersenyum apabila pemuda tadi menyedari gelagat mereka diperhatikan Ikhwan sejak tadi.Mereka kini sudah berada dihadapan Ikhwan,bersalaman dengan Ikhwan.

    “Saudara ni Ikhwan ya?Saya Zarul,kawan Syafiq yang belajar sama-sama di London.” Pemuda yang berbadan sasa itu yang mula-mula memperkenalkan diri.

“Saya Kamaruddin.”Diikuti pula pemuda yang berbadan agak gempal.

    “Subhanallah.Saya banyak dengar cerita tentang awak berdua daripada Syafiq.Maafkan saya tidak pernah melihat muka awak berdua,jadi tak dapat cam tadi.”Ikhwan tersenyum apabila mendengar nama Syafiq.Dia menanti berita gembira daripada dua mad’u Syafiq itu.

   “Ini barang daripada Syafiq,dia minta kami serahkan bila jumpa awak.”Zarul menghulurkan sebuah bungkusan dan satu sampul surat.Ikhwan mengucapkan terima kasih.Dia sedia maklum akan hal itu kerana Syafiq pernah memberitahunya ketika didalam emailnya dahulu.Ikhwan hampir sahaja terlupa akan hal itu.Tetapi dia tidak menyangka mad’u-mad’u Syafiq akan membawanya pada hari ini dan pasti tanpa kehadiran Syafiq disisi.

     “Err..Syafiq tak datang sekali?”Ikhwan bertanya.Zarul dan Kamaruddin hanya terdiam.Tidak mampu untuk bersuara.Mereka tahu Syafiq memang sudah lama ingin berjumpa dengan sahabatnya Ikhwan ini,tetapi Allah tidak mengizinkan mereka untuk bertemu hari ini.

     “Maaf,kami tak sempat lagi jumpa dan contact dengan dia sejak kami ada di Malaysia.”Zarul tunduk kesal kerana tidak mampu menjawap kebuntuan Ikhwan.Ikhwan kemudian tersenyum,kemudian menjemput meraka untuk menjamu selera.Hatinya masih gusar,kerana keluarga Syafiq juga tidak kelihatan.

   “Astaghfirullah al azim.Kenapa aku tak call je rumah dia?”Ikhwan cepat-cepat mengatur langkah ke dalam rumahnya.Naik ke tingkat atas,meletakkan bungkusan dan sampul pemberian Syafiq diatas katilnya,kemudian mengambil telefonnya yang diletakan di kocek baju melayunya.

  Dia memainkan punat-punat telefon bimbitnya,mencari-cari nombor telefon rumah Syafiq.

  “Umah Syafiq”

   0456844327

Punat ‘call’ ditekan.Berdering.

Tiada jawapan.

Dia mencuba sekali lagi.Masih tidak berjawap.

Entah kali ke berapa dia mencuba,masih tidak berjawap.

Ikhwan putus asa.

  “Mungkin satu keluarga dia keluar kot.Takde sape jawap ni.Entah-entah dalam perjalanan ke rumah aku.”Ikhwan cuba untuk menyedapkan hatinya.

   “Maafkan ana Syafiq,tak sempat langsung untuk ana contact anta.”Ikhwan kemudian turun ke tingkat bawah.Menyertai tetamu-tetamu yang hadir.Masih ada tetamu yang perlu diraikan walaupun hatinya tidak senang.Dia hanya mampu berdoa moga-moga Syafiq dan keluarganya dipelihara Allah.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

   

   Syafiq bergerak pantas.Luqman demam panas.Dia perlu mencari ubat bagi meredakan kepanasan badan Luqman.Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.Kedai-kedai sudah banyak yang tutup.Hujan pada malam itu agak menyukarkan Syafiq untuk bergerak laju.Baju hujan yang disarungnya juga sudah basah kuyup.Syafiq kesal kerana disaat genting ini dia gagal untuk mencari nombor telefon General Practitioner Luqman,doktor yang dikhaskan untuk merawat Luqman jika ada sebarang masalah kesihatan.Luqman tidak pernah sakit teruk selama berada di London membuatkan dia mengabaikan sedikit kebajikan Luqman.

   Teringat dia ketika dia keracunan makanan pada awal tahun ini.Perutnya tiba-tiba sakit dan dia mengalami muntah yang amat teruk.Luqmanlah yang menelefon ambulan dan menemaninya ke hospital.Ketika itu jam pukul 3.00 pagi,ketika orang lain sedang sibuk diulit mimpi,Luqman sanggup menemaninya sehinggalah dia dibenarkan pulang,di hospital.Dia juga yang membelikan Syafiq makanan sepanjang Syafiq di hospital.Sedangkan diri Syafiq sekarang hanya mampu untuk cuba mencari ubat buat Luqman.Setelah hampir setengah jam dia berlegar di kawasan itu,dia masih belum menemui satu kedai pun yang masih beroperasi.

   Luqman banyak menunjukkan prihatinnya pada Syafiq.Apabila Syafiq pulang lewat,mesti ada sahaja mesej pesanan ringkas yang diterima bertanyakan khabarnya dari Luqman.Syafiq kadang-kadang langsung tidak melayan mesej tersebut kerana dia merasakan itu perkara biasa.Kerana selalunya setengah jam kemudian dia pun selamat sampai di rumah.Tapi dia tidak tahu betapa Luqman ikhlas menyayanginya.Orang yang melihat mungkin boleh ibaratkan bagai si isteri menunggu kepulangan si suami tetapi tidak bagi Luqman.Dia amat kasih kepada sahabatnya ini,Syafiq.Ikhlas semata-mata mengharap keredhaan Allah kerana Syafiq jualah yang telah menarik dia keluar dari lubuk jahiliah.

     “Aku ego!”Itulah kata-kata yang dirasakan sesuai untuk dirinya.Syafiq kesal dengan sikapnya selama ini.Dia tidak banyak menghargai kasih sayang Luqman padanya.

     “Aku sayang kau Luqman!Kerana Allah!Tapi aku tak tau macam mana nak luahkan.Aku ego!Tak reti menunjukkan perasaanku padamu.Kalaulah kau mampu membaca isi hatiku tanpa perlu aku luahkan!”

     “Ah Syafiq!Lupakah kau pada satu kisah di zaman sahabat ketika seorang sahabat melihat seorang lelaki lain yang dicintainya,kemudian memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia mencintai lelaki itu?Bukankah Rasulullah menyuruhnya meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu?Dimanakah situasi engkau Syafiq?Mahal sangatkah kata-katamu hingga sukar sekali meluahkan rasa sayang dan cinta pada sahabatmu sendiri?Saudara seakidahmu?Aaah Syafiq!Lemahnya kau!”Mata Syafiq bergenang,kemudian  air matanya jatuh bercampur dengan air hujan yang membasahi mukanya.Dia menanggalkan cermin matanya,disapu matanya kemudian memakai cermin matanya kembali.

    Syafiq teringat akan hadis nabi,bahawa tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.Syafiq tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya.Syafiq mempercepatkan langkah,menuju ke arah jalan utama.Cuba mencari kedai runcit disekitar kawasan itu.Tidak jauh dari situ kelihatan beberapa bangunan yang masih terang,satu daripadanya adalah sebuah kedai runcit yang hampir tutup.Pintu besinya telah ditarik separuh ke bawah.Syafiq mengucap syukur.Kelihatan beberapa pemuda mabuk di luar sebuah bar,selang beberapa unit daripada kedai tersebut.

   Cuaca sangat sejuk.Syafiq cepat-cepat berlari,masuk ke dalam kedai itu.

   “Subhanallah.Alhamdulillah.”Syafiq memanjatkan syukur sebaik sahaja masuk ke dalam kedai.Alat pemanas yang berada di dalam kedai itu berjaya menghangatkan badannya seketika.Dia bergerak ke kaunter bayaran.Ada seorang pemuda berkulit gelap di belakangnya,sedang menyusun kotak-kotak rokok.

“Excuse me sir.”Pemuda tersebut berpaling.

“Can I have a paracetamol?”Pemuda itu mencari sesuatu dibawah meja kaunter sambil matanya mencuri pandang ke arah Syafiq.

“How much do you want?”

“A dozen please.”Syafiq menanggalkan baju hujannya.Hujan sudah mula reda.Dia menanggalkan cermin matanya,kemudian menggelap dengan hujung bajunya.

   “Here you are.One pound fifty please.”Syafiq membayar seperti yang diminta.Setelah mengucapkan terima kasih,Syafiq mula hendak mengatur langkah pulang sehinggalah ditahan oleh pemuda tersebut.

“Hey kids!Wait.”

“Be careful.There are lots of drunkards out day.”

“Thanks.Just pray for me.”

   Syafiq keluar.Angin malam menyapa tubuhnya.Sejuk.Dia berjalan menuju ke arah bar.Terlalu bising,seperti ada orang bergaduh.Syafiq tidak mahu mengambil risiko.Dia menyeberangi jalan,cuba untuk tidak melalui dan terserempak dengan pemabuk-pemabuk itu.

“Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhlukNya.”

    “Ya Allah lindungilah aku.”Syafiq mempercepatkan langkah.Dia mula perasan pemabuk-pemabuk itu sudah mula bertumbuk.Tidak tahu jalan mana yang harus dia ambil.Hanya ada satu sahaja jalan untuk pulang.Dia ingin kembali ke kedai tadi apabila menyedari beberapa pemabuk bertumbuk ditengah jalan hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri.Syafiq menoleh kebelakang,kedai yang terang tadi sudah pun gelap.Sudah tutup.

    “Aah.Takde sape ke nak telefon polis?Janganlah disaat genting ni.Luqman masih dirumah.Mungkin ini yang mampu menunjukkan rasa sayangku padanya.”Serentak dengan itu beberapa pemabuk jatuh betul-betul dihadapannya.

 “Astaghfirullah al azim.”Syafiq kaget.Tubuh yang jatuh dihadapannya itu berlumuran darah.Dia ditikam.Ya diperutnya.Syafiq ingin membantu tetapi keselamatannya yang harus diutamakan sekarang.Dia cuba untuk melarikan diri.Jauh daripada mereka,ingin meminta tolong tetapi suaranya tidak terkeluar.

  “Ya Allah bantulah hambaMu ini!”Batin Syafiq menjerit,meminta bantuan Yang Maha Kuasa.

   “Hey kids!Don’t run!Catch that boy!Faster!”Arahan itu tidak diendahkan Syafiq.Dia cuba lari sekuat yang boleh dengan segala kudrat yang Allah beri.Jalan sangat gelap dan sempit.Dia tidak tahu dimana dia sekarang.Semuanya gelap.Tetapi dia terus lari dan lari.Dan tangannya masih memegang erat plastik berisi paracetamol,buat sahabatnya yang disayangi,Luqman.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

  “Jazakallah semua.Sebab sudi datang kenduri kakak ana ni.Terubat sedikit rindu ana kat anta semua.”Ikhwan membantu Hakimi memasukkan begnya kedalam Unser milik makciknya diikuti beg-beg sahabatnya yang lain.Sahabat-sahabatnya akan bermalam dirumah makcik Ikhwan selama tiga hari.Adik-adik usrah Ikhwan dan Muhammad Zaini telah pun berangkat pulang ke rumah masing-masing selepas selesai solat Asar tadi.

    “Afwan ana tak dapat hantar antum.InsyaAllah esok ana menyusul.Terima kasih ye Faiz.”Ikhwan menyalami sepupunya,Faiz dan  menghargai jasanya yang sanggup menghantar sahabat-sahabatnya ke rumah makcik mereka.Ikhwan ada misi yang perlu diselesaikan,yang perlu dirungkaikan.Ya bungkusan dari Syafiq masih belum diusik lagi.Serta sampul yang diberi oleh Zarul tengahari tadi.Dia begitu teruja dan tidak sabar membaca bahan-bahan baru yang diberikan oleh Syafiq.

   Kakinya terus diatur  bergerak ke tingkat atas.Keluarganya semua sedang berehat-rehat dan bersembang di ruang tamu.Dia tidak mahu menyertai mereka kerena tidak sabar membuka bungkusan kiriman Syafiq.Kini dia sudah berada dikatilnya.Bungkusan sebesar kotak kasut itu dibukanya perlahan-lahan.“Cantik bungkusannya.Pandai Syafiq balut.”Ikhwan bermonolog.

   Ada beberapa cakera padat didalamnya.Masing-masing tertulis ‘video muhasabah’,'gambar-gambar ana ‘dan ‘koleksi artikel’.Selain itu juga terdapat beberapa buku fikrah baru yang didatangkan daripada United Kingdom.Ikhwan tersenyum lebar.Sudah lama dia ingin membaca buku-buku tersebut.Ditambah pula terdapat beberapa artikel fikrah yang menarik serta satu sampul surat kecil,berisi.Ikhwan tidak tertarik pada sampul itu.Dia lebih tertarik kepada sampul berasingan yang diberi oleh Zarul siang tadi.Dibukanya perlahan.Ada dua helaian kertas yang jatuh.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

    Kepekatan malam ditenungnya sejenak.Bintang-bintang tidak kelihatan, bagai mereka juga  turut memahami isi hatinya ketika itu.Sedih dan pilu.Taklimat kolej pada malam itu langsung tidak menarik perhatiannya.Walaupun jasadnya kini berada dikalangan hampir beratus pelajar lelaki Kolej Meranti,tetapi hatinya tidak bersama mereka.Terdengar deruan sayap si burung besi.Ikhwan menoleh kembali ke dada langit.”Syafiq..antakah didalam flight itu?Maafkan ana tak dapat menghantar anta.”Ikhwan terkilan kerana tidak dapat bersama-sama sahabatnya Syafiq yang akan berangkat ke United KIngdom pada malam ini.Tanpa disedari air matanya gugur.Dia cepat-cepat mengesatnya dengan hujung jarinya.Teringat dia detik-detik perkenalannya dengan Syafiq.Semuanya bermula ketika mereka di tingkatan empat.Walau pun sudah tiga tahun berada di sekolah yang sama tetapi kemesraan mula terjalin ketika mereka sama-sama berada dikelas yang sama.Kini mereka diuji dengan perpisahan,untuk sama-sama berjuang menuntut ilmu Allah.Moga-moga ilmu yang diperoleh masing-masing dapat dimanfaatkan buat ummah.

  “Selamat berangkat.Jangan terpengaruh dengan budaya sana pulak ye. ;p “Syafiq tergelak membaca mesej pesanan ringkas daripada adiknya,Hurul Ain.

“Terpengaruh?Aku?InsyaAllah tak.Moga Allah pelihara.”

  Masa tinggal kurang satu jam sahaja sebelum berlepas ke United Kingdom.Wakil biasiswa telah pun meminta semua pelajar untuk berkumpul.Sedikit taklimat diberi dan bacaan doa dimulakan.Syafiq sebak.Tidak sanggup rasanya berpisah dengan keluarga dan tanh air tercinta.Semua ini dirasakan seakan mimpi.Tapi perjuangan harus diteruskan.Doa diaminkan.Seorang-seorang pelajar dipanggil mengambil passport dan tiket masing-masing.Esakan tangisan mula kedengaran tanda para pelajar bakal berpisah dengan keluarga masing-masing.Syafiq memdekati ibunya.

  “Ummi,maafkan Syafiq.Halalkan makan minum Syafiq ya.Doakan Syafiq sepanjang berda di sana nanti.”Air matanya mula gugur tatkala dia menyalami ibunya.Dipeluk ibunya seerat mungkin,dicium dahi dan pipi si ibu.

  “Jangan menangis wahai syabab!Kau pejuang agama.Ingat itu.”Encik Ismail,bapa Syafiq cuba untuk memberi semangat kepada anak terunanya tatkala Syafiq menyalami bapanya.Encik Ismail sebak.Dia cuba menahannya supaya tidak gugur dihadapan anaknya itu.Jangan ditangisi langkah pejuang kerana ia mungkin akan melemahkan semangatnya.

  Lambaian terakhir tatkala menuruni tangga elektrik,menuju kearah kaunter imigresen memang membuatkan hatinya sayu.Tetapi dia perlu kuat.Kerana langkahnya langkah pejuang.Biar perit terasa menjadi seorang perantau,tetapi ganjarannya amat tinggi disisi Allah.Walhal kita semua adalah seorang perantau.Merantau dibumi Allah mencari bekal untuk dibawa pulang ke kampung akhirat.Sebaik-baik bekal adalah taqwa,dan akan berbahagialah oran-orang yang berjaya membawa pulang bekalan terbaik itu.Didalam merantau menuntut kesabaran yang tinggi.Semakin banyak dia bersabar,semakin banyaklah ganjaran yang Allah beri.

  Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan  dan berkata “Sungguh aku termasuk orang muslim yang berserah diri.”Ayat 33 daripada surah Fussilat tu menguatkan lagi kakinya untuk melangkah.“Hijrahku bukan sahaja untuk menuntut ilmu tetapi untuk menyeru orang lain ke arah kebaikan.Inilah aku!”Syafiq kini melangkah dengan lebih semangat.Mengharap ada sinar baru yang menantinya dibumi Barat sana.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

London,10 JUN-Seorang pelajar Malaysia yang menuntut disini terbunuh didalam kemalangan ngeri ketika didalam perjalanan pulang ke rumah sewanya lewat malam kelmarin.Mangsa yang dikenali sebagai Syafiq Bin Ismail merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Elektronik di Imperial College.Menurut saksi yang minta dirahsiakan identitinya,dia melihat seorang lelaki yang berlari dalam kegelapan malam dimana lelaki itu seakan-akan dikejar oleh beberapa lelaki lain sebelum mendengar satu dentuman yang amat kuat.Memandangkan keadaan yang gelap ketika itu,saksi gagal untuk mengecam pemuda-pemuda yang mengejar mangsa.

   Ketika unit berita menghubungi keluarganya yang menetap di Perlis,mereka melahirkan perasaan sedih walau bagaimanapun redha dengan ketentuan Illahi ini.Proses membawa pulang jenazah Syafiq diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),selaku badan yang bertanggungjawab untuk menaja Syafiq sepanjang di United Kingdom.Juru cakap polis melaporkan mangsa masih memegang sebuah plastik yang berisi paracetamol,disyaki dibeli daripada sebuah kedai berhampiran.Peniaga kedai tersebut ditahan untuk memberi keterangan.

   Dalam masa yang sama,seorang pemuda yang mabuk cedera parah di hadapan bar berhampiran dengan tempat nahas.Polis mengesyaki kedua-dua kes ini mempunyai kaitan.Presiden United Kingdom,Gordon Brown ketika ditanya mengenai kes ini berkata pembunuhan membabitkan pisau merupakan kes yang menjadi kegusaran setiap penduduk Britain terutamanya di kota London.Beliau menasihatkan…..

   Ikhwan tidak mampu meneruskan pembacaan keratan akhbar itu.Air matanya bederai laju.Sederas-derasnya.Dia baru sahaja kehilangan sahabatnya.Ikhwan menggumpal penumbuknya,geram dengan dirinya.Tidak pernah ambil tahu akan rakannya.Tiada siapa antara ahli keluarganya yang tahu.Semuanya sibuk dengan urusan kakaknya.

   “Ya Allah..Ya Allah..kenapa ujian ini begitu berat Ya Allah…”Ikhwan menangis sepuas-puasnya.Lagak anak kecil yang kehilangan ibunya.Dia terpandang kearah satu kertas yang turut berada didalam sampul tadi.Diambilnya,kemudian dibaca.

Maafkan saya Ikhwan,saya terpaksa kepilkan keratan akhbar ini,saya tak mampu nak luahkan pemergian Syafiq.Baru sahaja mengetahui kehilangannya semalam apabila disiarkan di kaca tv dan surat khabar.Maafkan saya.Moga awak tabah menghadapi dugaanNya ini. -Zarul-

   “Kaca tv?Surat khabar?Aaah takkan tak ada seorang pun daripada sahabat-sahabatku yang tahu akan hal ini?Kenapa tiada siapa pun maklumkannya pada ku?Syafiq maafkan ana Syafiq.Ana ni sahabat yang tak berguna.Di saat anta dijemput pulang oleh Allah,ana langsung tak ambil tau pasal anta.”Ikhwan menangis lagi.Kali ini semakin kuat esaknya.

   Dia menguatkan tangannya untuk mencapai sampul yang ditinggalkannya tadi.Yang hadir bersama-sama bungkusan pemberian Syafiq.Dibukanya perlahan-lahan dalam sendunya.

Assalamualaikum sahabatku Ikhwan,

Kaifa haluka?Ana disini sihat-sihat sahaja.Rindu juga rasanya nak pulang ke tanah air.Rindu kat anta juga semestinya :)

Ikhwan,terlebih dahulu ana nak minta maaf sebab ana tak dapat nak balik awal seperti yang dijanjikan.Bahan-bahan ni pun ana kena pass kat Zarul.Teruk betul kan ana ni?Maaf ye Ikhwan.InsyaAllah ana menyusul kemudian.

Anta tau tak,bahan-bahan ni banyak ana dapat dari seorang sahabat di Birmingham.Bagus brother tu,dari Pakistan.Kalau berpeluang ana nak kenalkan dia dengan anta.

Ikhwan,jazakallah sebab banyak bantu ana.Susah senang bersama.Anta banyak bangunkan ana tika ana jatuh.Banyak memberi kekuatan pada ana.Entahlah bagaimana ana mampu untuk balas jasa-jasa anta tu.Allah sahajalah sebaik-baik pemebri balasan.

Ikhwan,sepanjang hidup disini ana banyak belajar tentang hakikat kehidupan.Selama ini bila di Malaysia,ana rasa macam terlalu dimanjakan.Yelah semuanya dah tersedia.Sahabat-sahabat kita ramai.Tapi bila disini memang kena survive betul.Dengan iman yang hanya senipis kulit bawang,entah brape kali ana tumpas dan tewas dengan dunia.Ana lemah Ikhwan.Lemah sangat.Tak sabar rasanya untuk ana balik ke tanah air mengembalikan kekuatan.

Ana ingat lagi,anta pernah pesan kat ana,ana sebenarnya tak pernah seorang disini.Ana lupa tentang itu Ikhwan.Allahkan ada bersama kita,mana mungkin ana boleh kata ana keseorangan.Im not afraid to stand alone!Because Allah is always with us.Itu pesananmu Ikhwan.InsyaAllah akanku semat batul-betul dihati.

Ikhwan,ketahuilah,ana seboleh-bolehnya ingin membawa impak yang positif pada ummah apabila ana pulang nanti.Doakanlah ana ye.I dont want to look back.Langkahku kini langkah pejuang.Cukuplah masyarakat jahiliah disekeliling ana ni buat ana kadang-kadang lalai,ana tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka.Jazakallah Ikhwan,anta yang banyak bantu ana.

 Oh ye Ikhwan,ana ada sesuatu nak share dengan anta ni,entah macam mana time ana duk search internet tetiba terjumpa satu benda ni..yang mengimbau memori lama kita.Sayu je rasa.Buatkan ana bertambah-tambah rindu pada semua.Boleh bagi pada mad’u-mad’u kita jugak.Ingat lagi?Terimalah…

 Hayati sambil mendengar lagunya. (<-klik)

Sahabat..

Masih ada waktu

Untuk kau dan aku menghitung

Dosa-dosa lalu

 

Lantas membasuhnya

Kembali menyinar

Menghiasi taman-taman kasih

 

Masih ada waktu bagi kita

Mengikis coreng-coreng mazmumah

Dan mengutip kuntuman mahmudah

Menghiasi kamar hidup ini

 

Dan masih ada waktu bagi kita

Untuk memupuk kasih dan sayang

Sekuntum cinta Illahi

Seharum cinta yang murni

 

Moga ukhwah yang dicipta ini

Kan terjalin bersama mesra sejati

Bersama memupuk kasih cinta Illahi

Moga bahagia di negeri abadi.

 

p/s: Tamat sudah.Mana yang baik moga dipraktikkan,yang buruk dijauhkan.Segala yang baik daripada Allah dan yg buruk itu kelemahan diri saya sendiri.Buat sahibah-sahibahku dan teman-temanku:-

Ana sayang dan cinta kalian kerana Allah!!!Doakan ana..doakan ana..doakan ana.Jazakallah khairan kathira.

Comments (3) »

Masih Ada Waktu IX (samb.)

    

      “Nanti sayang!Please jangan buat I macam ni.I janji I tak buat lagi.”Kamal menarik tangan Suria.Cuba untuk memujuk buah hatinya itu.

   “Pegi mampus la dengan janji you tu!Im not going to trust you again!Let me go!Suria meronta,menarik-narik tangannya minta dilepas.Semakin kuat dia cuba meronta,semakin kuat genggaman tangan Kamal di lengannya.

  “Sakitlah you!Let me go!Kamal cepat-cepat melepaskan genggamannya.

  “Im sorry.”Kamal tunduk kemudian dengan nada sayu dia kembali bersuara.

   “Suria,please listen to me.I really need you in my life.I can’t imagine how can I survive without you.”Kamal kembali memegang lembut tangan Suria.Suria hanya diam.Matanya kelihatan berkaca.Kamal kemudian memegang bahu Suria,cuba untuk mendakapnya…

“Tup”

“Alah akak ni..orang nak tengok la..”Zakwan dan Uzair merengek apabila Sakinah mematikan televisyen dihadapan mereka.

    “Apa pulak nak tengok?Tak soleh la cerita ni.Dah-dah pegi mandi dah nak maghrib dah ni!”Sakinah kemudian berlalu ke dapur.Zakwan dan Uzair mencebikkan muka.Setelah kelibat Sakinah hilang dari pandangan mereka,Zakwan bangun,mengambil alat kawalan jauh di atas televisyen.

   “Zakwan!Uzair!Sudah la tu!Gi mandi!Nanti akak rotan kang!Tutup tv tu!Tak soleh cerita tu!”Kedengaran suara Sakinah daripada dapur.Zakwan dan Uzair cepat-cepat mematikan televisyen dan terus berlari ke bilik mereka ditingkat atas.Mengambil tuala,kemudian muncul kembali di kaki tangga.Sakinah tersenyum melihat gelagat adik-adiknya.Sengaja dia menakut-nakutkan adiknya dengan rotan walaupun tidak pernah dia merotan adik-adiknya.

    “Kenapa pula tak boleh tengok tv kak?Apa yang tak solehnya?Diorang orang Islam la kak.”Sakinah terkejut melihat Zakwan tiba-tiba berada dibelakangnya.Budak-budak memang suka bertanya.Dia tidak mahu menipu tetapi tidak tahu bagaimana ingin menjelaskannya.

    “Tak soleh la.Lelaki dan perempuan tak kahwin lagi pegang-pegang tangan.Allah marah tau!”Sakinah berterus terang.Tidak berselindung.

   “Tapi dalam cite tu diorang dah kahwin la kak.”Zakwan cuba membela dirinya dan pelakon itu.Sakinah menggeleng-geleng kepalanya.

    “Mana Dik Wan tau?Dik Wan pegi kenduri kawin dia ye?”Sakinah sedikit masam.Geram dia dengan adiknya yang banyak bertanya.”Sabar Kinah.Mereka adikmu.Harus berlembut,Allah ingin uji dirimu.”Masih terngiang-ngiang pesanan abangnya Ikhwan tempoh hari.Sakinah tersedar,cuba untuk memaniskan mukanya dihadapan Zakwan dan Uzair.

   “Dik Wan,Uzair..diorang belum kawin la.Kan diorang berlakon?Mana boleh buat macam tu.Allah tak suka.Dan kita pulak,Allah marah tau kalau kita tengok diorang pegang-pegang macam tu.Nanti Allah tak sayang kita.Dik Wan dengan Uzair suka ke kalau Allah tak sayang kita?”Kali ini Sakinah berjaya melembutkan suaranya.Zakwan dan Uzair menggeleng-geleng kepala mereka.

    “Ok..sekarang adik akak berdua ni pegi mandi ye.Allah suka orang yang bersih.Allah sayang orang yang wangi.Nak Allah sayang tak?”

    “Nakk!!”Serentak Zakwan dan Uzair menjawap.Mereka kemudian mula berlumba-lumba ke bilik air.Sakinah ingin memarahi mereka tetapi dilupakan hasratnya itu.Dia harus bersabar,budak-budak memang begitu.Dia menegur mereka dengan nada yang lemah lembut supaya tidak berlari-lari,takut-takut ada yang terjatuh.

“Bam..bam..bam..”

“Allah!Aduh!”

    Sakinah terkejut mendengar bunyi bising di hadapan,diikuti suara abangnya mengadu kesakitan.

    “Ya Allah,Abang Wan ni kenapa pula?”Sakinah cuba untuk membantu abangnya bangun.Ikhwan menyapu-nyapu seluarnya dan mengurut-urut kakinya yang sedikit berbisa.Dia tersengih memandang Sakinah.

   “Abang Wan dah lambat nak jemput kawan ni.Tak sedar dah pukul 6 petang.Tu yang sampai terjatuh tu.”

“Tula sapa suruh tidur lepas Asar tadi.Moga-moga ia jadi kifarah.”

   “Hehe tu lah..InsyaAllah..ameen Ya Rabb.Eh abang wan pegi dulu la ye..lambat dah ni.”Ikhwan kemudian cuba berjalan.Terjengkot-jengkot jalannya.Sakinah menggeleng-geleng kepalanya.Lucu juga melihat gelagat abangnya.

“Macam-macam.”

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

  Pantas langkahnya.Syafiq mahu cepat sampai.Tidak mahu rasanya dia membuatkan kawan-kawannya terpaksa menunggu ketibaannya.Jam pukul 12.30 tengahari.Masih ada setengah jam sebelum masa yang dijanjikan.Dia perlu ke Maughan Library terlebih dahulu untuk memulangkan kembali buku Microprocessor System dan Electronic Circuit yang dipinjamnya bulan lepas.

   Sampai sahaja di Stesyen Temple,dia cepat-cepat menaiki tangga,menyeberangi Temple Place kemudian terus bergerak menyelusuri Arundel Street sehingga ke hujung jalan,kemudian memilih jalan dikanan melewati Strand.Dia mempercepatkan lagi langkahnya.James William,Fred Diamond dan Luqman,mereka mungkin sudah sampai.Walaupun masa yang dijanji ada setengah jam lagi dia tidak mahu lengah.Tiga minit kemudian dia sampai di Chancery Lane,cepat-cepat dia masuk ke perkarangan Maughan Library.

   Usai urusan di Maughan Library,Syafiq cepat-cepat bergerak.Sampai sahaja di Arundel Street dia buntu.

   “Allah,nak ambil bas ke tube ni?Aku dah la tak pernah naik bas pegi Waterloo,takut tak tau pulak nak berhenti mana ni.Adush..lemahnya aku ni.Naik tube jela.Harap-harap sempat.”Syafiq terus berlari ke Stesen Temple.Mengambil District Line ke arah Ealing Broadway.Dia turun di Stesyen Westminster,kemudian berlari menuju kearah Jubilee Line.Perlu ke Waterloo pula.

   Tidak berapa lama kemudian Syafiq tiba di destinasinya.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya,ingin melihat masa.”Subhanallah lewat 5 minit.”Ada tiga panggilan tidak dijawap dan satu mesej pesanan ringkas dari Fred Diamond.

“Hey dude!Where r u?”

      Astaghfirullah al azim.Apa aku dah buat ni?Bodohnya aku ni.Kan bagus naik bas tadi.Lagi dekat.Tak payah tukar-tukar line.”Syafiq berlari.Kali ini lebih pantas.Orang ramai hairan melihat gelagatnya.Seakan-akan dikejar sesuatu.

     “Im sorry guys!”Syafiq cepat-cepat memohon maaf apabila sampai di tempat yang dijanji.Seperti yang disangka Luqman juga ada bersama James Willianm dan Fred Diamond.Malu Syafiq dihadapan mad’unya.

    “No,no its ok.Don’t worry.You just late for 5 minutes.Let’s move now.”James William yang mula-mula bersuara.Syafiq menghulurkan tangannya kepada rakan-rakan satu kursus dengannya itu.Mereka semua berada dalam tahun ketiga program Kejuruteraan Elektronik.

    “So when are you guys going back to Malaysia?”James William menyapa.Syafiq memandang pemuda tinggi lampai bermata biru itu.Dia tersenyum.

     “Next week.”Ringkas jawapan Syafiq.”But Im alone.”

     “Alone?How bout you?”Fred Diamond mengangkat kening ke arah Luqman.Seakan menanti berita gembira.Luqman tersenyum.

     “Nah..don’t worry,Im not going back this year.Spending time with you.That’s what you want rite?”Luqman menyiku Fred Diamond.Fred Diamond tersenyum.Dia gembira bersama dengan Luqman.Baginya Luqman seorang kawan yang baik dan berakhlak baik.Begitu juga dengan Syafiq.Manakan tidak,itulah akhlak yang disaran oleh Islam.Tetapi dia lebih rapat dengan Luqman memandangkan dia pernah duduk satu kampus dengan Luqman ketika tahun pertama dahulu.

   “Where are we heading now?”Syafiq bersuara.

    “We just walking towards the London Eye.They have a nice view there.”Fred Diamond memberi cadangan.Mereka semua bersetuju.Luqman dan Syafiq mempercepatkan langkah,cuba bersaing dengan kedua-dua pemuda Inggeris itu.

  Tiba sahaja di London Eye,James William mengajak mereka untuk masuk kedalam bangunan yang terletaknya kaunter tiket.

   “Shall we take a ride?”James William bersuara.Mukanya bersemangat.Tidak sabar menanti jawapan daripada kawan-kawannya yang lain.

   Luqman dan Syafiq terkedu.Mereka melihat harga tiket pada papan tanda yang terlekat di dinding kaunter itu.

“Adult-GBP 15.50 “

    “Im not going to pay that much for this little kids ride.”Seakan-akan itulah kata-kata Syafiq dan Luqman apabila melihat harga tiket masuk ke London Eye.Mereka berdua perlu berjimat ketika ini memandangkan perlu untuk membayar sewa rumah yang ditinggalkan.Walaupun Syafiq akan pulang ke tanah air manakala Luqman akan cuba mencari kerja sambilan di Birmingham sepanjang cuti musim panas ini,mereka masih perlu berjimat untuk keperluan yang akan datang.Bukanlah mereka kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk menggembirakan sahabat mereka itu tetapi memandangkan tidak berbaloi rasanya untuk mengeluarkan duit sebanyak itu untuk sesuatu yang tidak memberi faedah bagi mereka.

    “Aah tapi ini mungkin mampu menarik mereka ke arah Islam.Mampu merapatkan ukhwah antara kita.”Syafiq memandang Luqman,seakan-akan membisikkan kata-kata itu.Luqman seakan-akan faham,tetapi dia masih tidak mampu memberi kata putus.

     “It’s ok.I’ll treat both of you!”Terkejut dua orang sahabat itu apabila James William membuat tawaran.Tidak!Sekali-kali tidak.Syafiq tidak akan membiarkan mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk dirinya dan Luqman.Sepatutnya merekalah yang perlu belanja James William dan Fred Diamond.

    “No!I don’t agree with that!Let we ask them first,the actual price of the tickets.We are students.Maybe they got offer for students”Syafiq cuba menangkas kata-kata James William sambil mulutnya dimuncungkan kearah kaunter tiket.James tersenyum kemudian dia bergerak menuju ke arah kaunter,berbicara dengan seorang gadis dibelakang kaunter.Seketika kemudian dia kembali di hadapan mereka dengan muka yang murung.

   “They not operate today.There’s something wrong with that machine!”James William geram.Syafiq dan Luqman menarik nafas lega.

   “Cantiknya susunan Mu Ya Allah.”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

   “Ini Izat Anwar,Firdaus dan Meor Qayyum.”

    “Hah..yang disana pulak Muhammad Zaini,Ahmad Hakimi dan Mus’ab.”

    Ikhwan memperkenalkan satu-satu adik usrahnya dan mad’unya kepada Ustaz Yusoff,merangkap bapanya sebaik sahaja bapanya pulang daripada masjid tadi.Ustaz Yusoff tersenyum melihat mereka semua.Adik-adik usrahnya dan Muhammad Zaini kemudian bangun untuk menyalami Ustaz Yusoff.Mereka akan berada di Perak selama seminggu.Menghabiskan masa bersama,menjalani program bersama dan hanya akan pulang selepas kenduri perkahwinan Nur Afrah,kakak kepada Ikhwan.Mereka akan tinggal dirumah makcik Ikhwan di Pusing.Makciknya sekarang berada di Cardiff,menyambung PhD didalam bidang perakaunan.Dia kesana bersama-sama keluarganya sejak dua tahun yang lepas.Ikhwan dan adik-adiknya yang sering berulang-alik ke Pusing untuk membersihkan rumah makcik mereka,Puan Hasnah.Kadang-kadang rumah itu juga turut dijadikan tempat sahabat-sahabatnya berkumpul jika ada daurah di Ipoh.

   Puan Maryam kemudian keluar daripada dapur,menatang sebuah dulang berisi air sejuk.Dia yang harus melakukan kerja itu kerana Sakinah dan Nur Afrah telah pun awal-awal naik ke bilik selepas Maghrib tadi apabila diberitahu kawan-kawan Ikhwan akan datang bertandang ke rumah mereka.Puan Maryam kemudian masuk kembali ke dapur setelah menghidangkan air itu diatas meja dihadapan mereka.Tidak berapa lama kemudian dia keluar membawa semangkuk mihun goreng.

  Ikhwan cepat-cepat bangun membantu ibunya.Ibunya mengisyaratkan dia ke dapur.Dia kemudian ke dapur,mengambil sesuatu kemudian kembali dengan beberapa pinggan dan garpu untuk kegunaan sahabat-sahabatnya.

   Setelah menjemput sahabat-sahabat Ikhwan menjamu selera,Puan Maryam meminta diri untuk ke tingkat atas.Masih ada perkara yang perlu dibincangkan dengan Nur Afrah mengenai persiapan majlis perkahwinan puterinya itu minggu hadapan.

   Ustaz Yusoff kemudian berborak dengan sahabat-sahabat Ikhwan sambil mereka sama-sama menjamu selera.Satu jam berlalu,setelah pinggan mangkuk juga selesai dicuci disebabkan adik-adik usrah Ikhwan beria-ia ingin membantu Ikhwan mencucinya.Di satu sudut,Muhammad Zaini kagum dengan ukhwah yang ditunjukkan oleh mereka.Dia bersyukur kepada Allah kerana menemukan dirinya dengan mereka.

   Tidak berapa lama kemudian Ikhwan meminta diri daripada bapanya.Diikuti dengan sahabat-sahabatnya yang lain.Dia kemudian naik ke tingkat atas,menyalami ibu,kakak dan adik-adiknya.Kemudian turun mendapatkan sahabat-sahabatnya.Mereka kemudian mula bergerak ke Pusing,menaiki Unser milik makcik Ikhwan.

    

       “Lama betul ana tak jumpa anta.Dah balik Johor tak contact ana pun ye?”Mus’ab menyiku Meor Qayyum.Dua sahabat baik itu memang pantang berjumpa.Ada sahaja taktik untuk mengenakan diri masing-masing.Mereka berdua tersenyum.Adik-adik usrahnya yang lain juga kecoh bertukar-tukar cerita.Walaupun tidak sampai sebulan mereka berpisah tetapi rindu itu masih terasa.Muhammad Zaini yang duduk di tempat duduk hadapan,bersebelahan dengan Ikhwan juga tersenyum.Tidak berapa lama kemudian dirinya pula menjadi mangsa panahan-panahan soalan daripada adik-adik usrahnya.Menandakan proses taaruf sudah bermula.

     Perjalanan daripada Ipoh ke Pusing hanya mengambil masa dalam 30 minit.Mereka sampai di rumah makcik Ikhwan kira-kira 15 minit lagi sebelum ke tengah malam.Mereka kemudian memunggah barang-barang dari belakang Unser ke hadapan pintu rumah.Ikhwan menghulur kunci rumah kepada Firdaus untuk membuka pintu rumah.Mereka semua memberi salam,kemudian masuk kedalam.

  “InsyaAllah.Segalanya bermula sekarang.”Ikhwan bermonolog,menanti suatu perubahan dan kekuatan ikatan antara  mereka semua.Ikhwan kemudian membuntuti sahabat-sahabatnya masuk kedalam.

bersambung lagi…doakan ana

Comments (2) »

Masih Ada Waktu VIII (samb.)

    Cuaca terik di luar.Kelihatan cahaya dari sang mentari memancarkan sinarnya dari celah-celah awan.Kadang-kadang tiba-tiba cuaca menjadi mendung.Awan belumba-lumba menutup sinaran sang mentari.Seakan-akan awan mahu menumpahkan isinya.Kemudian langit cerah kembali.Terang sekali.Tetapi jangan disalahkan cuaca.Kerana salahkan cuaca bermakna menyalahkan Penciptanya.Bukankah sangat cantik ciptaan Tuhan semesta alam?Indah tersusun.Mendamaikan mata yang memandang.Menenangkan jiwa.Kedengaran pula bunyi deruman sayap si burung besi membelah langit.Mata Syafiq terus mengekor pergerakan burung besi itu.Sehingga ia mengecil dan mengecil lantas hilang disebalik kepulan awan.Teringat dia pada tanah air tercinta.Seminggu penantian terasa lama.Dua tahun sudah tidak kembali.Tidak sabar rasanya bertemu keluarga tersayang.Bilakah lagi dapat berada didalam perut burung besi itu.

    “Ish ish ish..macam-macam manusia sekarang ni.”Suara daripada Zarul menghentikan lamunan Syafiq.Dia memandang sekilas pada temannya itu.Dilihatnya Zarul sedang sibuk membelek-belek akhbar Metro yang baru diambilnya dari stesen Upton Park  pagi tadi.Kamaruddin dan Luqman ada berhampiran dengan Zarul,ditepi katilnya.

    “Ada berita apa tu Zarul?”Kamaruddin mengutarakan soalan sambil mulutnya tidak henti-henti mengunyah kacang.Syafiq mengatur langkah,menuju kearah kabinet berhampiran dengan pintu biliknya.Mengambil sesuatu kemudian kembali ke  tingkap biliknya.Dia langsung tidak mempedulikan karenah-karenah teman-temannya.Pandangannya dilontarkan jauh ke langit.Kamera yang baru diambilnya tadi lantas digunakan untuk merakam pemandangan-pemandangan indah pada petang itu.Luqman Hakim hanya memerhati gelagat temannya itu.

    “Ni haa..surat khabar ni.Tak habis-habis…hari-hari ada je kes stabbing kat London ni..cuba kau baca ni din..about  ten to twenty people are injured and three killed when a group of man enter the bar  and shout out loud “We want to kill you all” …kat Haringey,last night.Don’t you feel this is really a useless job?”Kelihatan serius wajah Zarul.Kemudian menyambung,“Macam takde keje lain je diorang ni.Boleh plak saje-saje je nak bunuh orang.”

   “Eko bagi eden tengok jap..”Kamaruddin kemudian mengambil akhbar Metro daripada tangan Zarul.Dibacanya sambil kepalanya digeleng-geleng.Tangannya kemudian menyelak ke helaian yang lain.Terhenti pada tajuk “BOY STABBED TO DEATH NEAR SCHOOL”.

   Hah!This one is the same one.Stabbing case again!” Kamaruddin bersuara.Syafiq yang pada mulanya asyik dengan keindahan alam kini mengatur langkah ke arah teman-temannya.Dia bersila duduk disebelah Luqman.Sama-sama melihat berita yang dimaksudkan oleh Kamaruddin dan Zarul sebentar tadi.Luqman Hakim turut khusyuk membaca.

  “Kesiannya budak ni,kecil lagikan.”Luqman memandang Syafiq,mengharap persetujuan.Syafiq angguk tanda setuju.

  “Aku tertarik dengan kes yang mula-mula ni.”Syafiq mencari helaian berita yang dibaca oleh Zarul tadi.”Pelikkan kes ini.Betullah macam Zarul cakap tadi,senang-senang aje diorang boleh bunuh orang.Golongan yang tak hidup dalam kenikmatan akidah yang satu,takde hala tuju.Tak tau apa tujuan hidup.Sampai membunuh pun boleh suka-suka hati.Sedangkan yang dibunuh tu orang mereka juga.Buatkan aku teringat satu kisah dalam sejarah umat Islam.”

“Kisah Hulagu tu ke?”Luqman cuba menduga.Syafiq mengangguk,membenarkan kata-kata Luqman.Zarul dan Kamaruddin meminta Syafiq menceritakan kisah tersebut kepada mereka. 

“Kisah ni berlaku ketika detik Islam mula-mula nak jatuh.Hulagu Khan merupakan cucu kepada Genghis Khan.Diorang ni orang Mongol.Kerja diorang ni asyik membunuh je.Pada tahun 1258 berlakulah Battle Of Baghdad dimana Kota Baghdad diserang oleh puak Mongol ni yang diketuai oleh Hulagu Khan.Ketika itu ketenteraan Islam amatlah lemah memandangkan para pemimpin yang imannya juga sudah lemah dan mementingkan dunia.Selain tu faktor dah lama tak berperang pun menyebabkan orang Islam agak kekok untuk kembali berperang.Pertumpahan darah berlaku.Asal jumpa saja orang akan dipancung oleh puak Mongol ni.Dari situlah bermulanya kejatuhan kerajaan Abbasiah sekaligus menjatuhkan khilafah Islam.”Syafiq tidak mampu untuk bersuara lagi.Hatinya sayu,pedih.Membara-bara rasa geramnya pada kuffar.Luqman kemudian mengambil alih.

   “Baghdad adalah Iraq sekarang.”Luqman menanti respon daripada teman-teman yang lain.Zarul dan Kamaruddin kelihatan tertunduk.Sedih.

   “Inilah pentingnya kita tahu tentang sejarah Islamkan.Last sekali aku dengar masa form 5 dulu.Subjek agama.Itupun nak tak nak je aku ambil tau.”Zarul mula berani bersuara.Kamaruddin memandangnya sambil mengangguk-angguk.Syafiq menguatkan dirinya untuk tersenyum.”Jangan risau sahabat-sahabatku.Islam hanya gerhana seketika sahaja,bukannya tenggelam matahari.Esok pasti mentari akan menyinar kembali.Islam pasti menang kerana itu janji Allah.Lupakah,Allah pernah berfirman dalam surah as-saff ayat 13 yang bermaksud

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai,iaitu pertolongan dari Allah dan pertolongan yang cepat(masa berlakunya).dan sampaikanlah berita yang gembira itu kepada orang yang beriman.”

    Luqman,Zarul dan Kamaruddin tersenyum.Mereka suka mendengar kata-kata daripada ketua usrah mereka itu.Kata-katanya mampu menusuk jiwa,menambat hati.

   “Eh kata nak bincang pasal rumah?”Luqman cuba memecah kesunyian apabila memerhatikan sahabat-sahabatnya agak lama mendiamkan diri.Mereka semua tersengih,hampir terlupa tujuan utama berkumpul di bilik Syafiq.

  “Lusa aku dan Kamaruddin nak balik dah.So kita kira macam mana ye duit sewa rumah ni?” Zarul menyambut balas kata-kata Luqman Hakim.

  “Aku dah cuba bincang dengan landlord,pasal cadangan kita hari tu,so dia setuju untuk sewakan satu bilik je untuk kita semua.Jadi sekarang ni kita kena cuba kemas semua barang-barang…letak dalam satu bilik je.So that he can let other parts of this house to another tenant.For a short period.Until we all came back here.And we don’t need to pay for the whole house.Just for that room.”Syafiq menerangkan satu persatu.

  “Nak kemas hari ni?Banyak tu.Barang nak balik Malaysia pun tak start packing lagi ni.”Zarul mengeluh,nada kemalasan.Kamaruddin cepat-cepat menguis tangan Zarul.Zarul tersedar,kata-katanya tadi terlalu mementingkan diri.Dia beristighfar.Lantas dia cepat-cepat memohon maaf pada kawan-kawannya yang lain.

  “Macam ni la,aku dengan Syafiq boleh tolong kemas mana yang tak sempat kita buat sama-sama.Korang packing la barang-barang korang dulu,nanti kalau tak siap packing kang tak boleh balik Malaysia pulak.Then we start to clear all the stuff downstairs.Before that me and Syafiq will try to do something there.So,which room should we use?I think yours is the best choice,right?”Luqman cepat-cepat bersuara,cuba untuk meredakan keadaan sambil mengangkat kening ke arah Kamaruddin.Kamaruddin hanya tersenyum,tanda setuju.Syafiq dan Zarul juga begitu.Bilik Kamaruddin terletak di tingkat bawah dan yang terbesar.Oleh itu mudah bagi mereka untuk menyimpan semua barang-barang yang berharga.

  “So what are we waiting guys?Let’s move syabab!!!”Syafiq bersuara lantang,kemudian melaungkan takbir.Kawan-kawannya lantas menyambut dengan senyuman lebar di bibir masing-masing.Semuanya bersemangat untuk mula mengemas.Zarul dan Kamaruddin kemudian bergerak ke bilik masing-masing,memulakan tugas pertama mereka,mengemas barang yang ingin dibawa pulang ke tanah air.Syafiq dan Luqman juga mula bergerak ke tingkat bawah.Syafiq mendahului Luqman menuruni anak tangga.

      “Maaf Syafiq.”Langkah Syafiq terhenti.Dia berpaling ke belakang,melihat Luqman Hakim tercegat di muka pintu biliknya.

 “For what?” Syafiq mengangkat keningnya.Tertanya-tanya.

  “Because of your willing to accompany me here for a week.”

  “No problem bro.We are family right?Umat Islam itu bersaudara” Syafiq naik beberapa anak tangga,menarik perlahan tangan temannya.Membisik sesuatu,kata-kata semangat,”Ingat lagi lagu tu?”Luqman mengangguk.Kemudian masing-masing tersenyum.Mengatur langkah.Bersemangat.

Berjuang menempah susah

Menanggung derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana

Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid

Namun jiwa tetap mara menuju cita

Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Tenang tegang silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua pasti terjadi

Tunggulah syahid atau menang

bersambung lagi…InsyaAllah..doakan saya disini..

Comments (4) »