MASA..Mengapa begitu pantas?

23 Nov

    MASA.Baru-baru ini terasa sangat pantas ia berlalu.Pantas sangat.Adakah kerana musim sejuk yang tiba membuatkan saya terasa ia begitu pantas memandangkan siang yang amat pendek?

  Saya ambil contoh hari ini sahaja,bermula daripada solat zuhur,masuk dalam pukul 11.50 pagi.Selesai solat berjemaah bersama rakan serumah,saya lihat jam lagi dah pukul 12.45tengahari (campur tunggu giliran ambil wudhuk,solat sunat) kemudian saya ke dapur untuk menyediakan juadah makan tengahari merangkap juadah makan malam sekali.Kerana ingin menjimat masa saya hanya menggunakan ‘paste’ Jalfrezi yang hanya perlu masuk sahaja bersama-sama dengan daging atau ayam.Selesai masak,saya kerling jam.DAH PUKUL 1.30!Menandakan dah nak masuk Asar pula pada pukul 1.50 petang.(Mungkin juga saya sendiri yang tak cekap?)

   Selesai solat asar ..saya masuk ke bilik kerling jam lagi…dah pukul 3.00 petang?Kenapa cepat sangat masa berlalu hari ini?Atau mungkinkah saya yang terlalu berlengah-lengah dengan masa?Ke dapur untuk makan tengahari.Cuba baca sikit nota untuk persediaan test esok.Tiba-tiba ‘housemate’ bangun dan kata

  “Eh..betul ke dah maghrib ni?Kat luar mcm xnampak maghrib lagi.”

  Waktu tu saya lihat jam menunjukkan pukul 4.06petang.Maghrib sepatutnya masuk 4.02petang.Kami pun solatlah maghrib bersama + mathurat.Selesai solat maghrib seperti biasa saya akan ke bilik menyipan telekung kemudian lihat jam lagi..lagi 10 minit nak pukul 5 petang!Ya Allah kenapa cepat sangat masa berlalu?Adakah kerana aku yang berlengah-lengah?Cuba untuk solat sunat.Selesai solat,saya menyandarkan kepala ditepi katil..entah macam mana boleh tertidur!

Bangun-bangun jam menunjukkan pukul 5.45petang,Dah nak dekat Isyak..dimana Isyak masuk pukul 6.05petang lebih kurang.Bersiap-siap untuk solat Isyak.Selesai semua..tengok-tengok jam dah pukul 7 petang..aduhh bagaimana ini?Salah masakah atau salah diriku?Berlengah-lengahkah aku?Satu kerja pun tak dimulakan lagi..dan teman serumah yang ke Birmingham pada hari Jumaat kini sudahpun pulang!

  Ya Allah adakah aku terlalu berlengah-lengah?Lupakah aku tentang peringatan yang Kau berikan?

  “Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.Kecuali orang-orang yang berbuat kebaikan dan saling nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran “ Al-asr 1-3

Ya Allah..berkatilah masaku.

Ya Allah..berkatilah masaku.

  Pernah terdengar kata-kata seorang sahabat.

“Masa itu musuh orang beriman”

  Mungkinkah kerana masa begitu mencemburui setiap aktiviti kita?Kerana ia tidak akan kembali.Masa itu sangat berharga.BERHARGA!Lebih berharga daripada emas.Ia ibarat pedang.Jika kita tidak memotongnya pasti ia akan memotong kita.

 Benarlah kata-kata as-syahid Imam Hasan Al Banna

“Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada.”

  Pentingnya untuk belajar cara pengurusan masa yang benar-benar efektif!Mohon perkongsian daripada sahabat-sahabat lain.Jazakallah

Masa berlalu lagi (“_)8.00pm

3 Responses to “MASA..Mengapa begitu pantas?”

  1. humayra November 24, 2008 at 9:19 am #

    salam ya ukhtie..
    sungguh.. cepat masa nie berlalu..
    terasa sgt kata-kata nt nie.. especially masa cuti mcm ni..
    sebab banyak membazir masa rasanya.. (perlu muhasabah balik ni..)

  2. hood November 24, 2008 at 3:53 pm #

    betul2. masa musuh mukmin?erm ada benarnya~ masa ibarat pedang, jika kita leka, kita akan menjadi mangsa:D

  3. mukminahmujahidah December 6, 2008 at 11:28 pm #

    Ana hampir masuk ke musim cuti..doakanlah moga masa cuti tak dibiarkan begitu sahaja..
    Musuh mukmin..ya masa bukanlah ibarat emas sebab emas kalau hilang boleh beli lain :p
    Masa kalau dah hilang…nak beli dgn ape?
    Masa ini hadiah dari Allah..tiada siapa yg dapat beri kita masanya..
    Moga kita semua dapat gunakan masa yg ada egn sebaiknya..InsyaAllah..
    ameen

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: