MASA.Baru-baru ini terasa sangat pantas ia berlalu.Pantas sangat.Adakah kerana musim sejuk yang tiba membuatkan saya terasa ia begitu pantas memandangkan siang yang amat pendek?
Saya ambil contoh hari ini sahaja,bermula daripada solat zuhur,masuk dalam pukul 11.50 pagi.Selesai solat berjemaah bersama rakan serumah,saya lihat jam lagi dah pukul 12.45tengahari (campur tunggu giliran ambil wudhuk,solat sunat) kemudian saya ke dapur untuk menyediakan juadah makan tengahari merangkap juadah makan malam sekali.Kerana ingin menjimat masa saya hanya menggunakan ‘paste’ Jalfrezi yang hanya perlu masuk sahaja bersama-sama dengan daging atau ayam.Selesai masak,saya kerling jam.DAH PUKUL 1.30!Menandakan dah nak masuk Asar pula pada pukul 1.50 petang.(Mungkin juga saya sendiri yang tak cekap?)
Selesai solat asar ..saya masuk ke bilik kerling jam lagi…dah pukul 3.00 petang?Kenapa cepat sangat masa berlalu hari ini?Atau mungkinkah saya yang terlalu berlengah-lengah dengan masa?Ke dapur untuk makan tengahari.Cuba baca sikit nota untuk persediaan test esok.Tiba-tiba ‘housemate’ bangun dan kata
“Eh..betul ke dah maghrib ni?Kat luar mcm xnampak maghrib lagi.”
Waktu tu saya lihat jam menunjukkan pukul 4.06petang.Maghrib sepatutnya masuk 4.02petang.Kami pun solatlah maghrib bersama + mathurat.Selesai solat maghrib seperti biasa saya akan ke bilik menyipan telekung kemudian lihat jam lagi..lagi 10 minit nak pukul 5 petang!Ya Allah kenapa cepat sangat masa berlalu?Adakah kerana aku yang berlengah-lengah?Cuba untuk solat sunat.Selesai solat,saya menyandarkan kepala ditepi katil..entah macam mana boleh tertidur!
Bangun-bangun jam menunjukkan pukul 5.45petang,Dah nak dekat Isyak..dimana Isyak masuk pukul 6.05petang lebih kurang.Bersiap-siap untuk solat Isyak.Selesai semua..tengok-tengok jam dah pukul 7 petang..aduhh bagaimana ini?Salah masakah atau salah diriku?Berlengah-lengahkah aku?Satu kerja pun tak dimulakan lagi..dan teman serumah yang ke Birmingham pada hari Jumaat kini sudahpun pulang!
Ya Allah adakah aku terlalu berlengah-lengah?Lupakah aku tentang peringatan yang Kau berikan?
“Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.Kecuali orang-orang yang berbuat kebaikan dan saling nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran “ Al-asr 1-3

Ya Allah..berkatilah masaku.
Pernah terdengar kata-kata seorang sahabat.
“Masa itu musuh orang beriman”
Mungkinkah kerana masa begitu mencemburui setiap aktiviti kita?Kerana ia tidak akan kembali.Masa itu sangat berharga.BERHARGA!Lebih berharga daripada emas.Ia ibarat pedang.Jika kita tidak memotongnya pasti ia akan memotong kita.
Benarlah kata-kata as-syahid Imam Hasan Al Banna
“Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada.”
Pentingnya untuk belajar cara pengurusan masa yang benar-benar efektif!Mohon perkongsian daripada sahabat-sahabat lain.Jazakallah
Masa berlalu lagi (“_)8.00pm