Archive for February, 2008

Mujahadah=Jihad

Islam  telah  menunjukkan kepada kita  beberapa  jalan  yang boleh  menyampaikan  kita kepada taqwa. Salah  satunya ialah dengan mujahadah. Ustadz Syed Hawwa menjelaskan,” Kita bermujahadah ini adalah untuk mendapatkan  petunjuk  daripada Allah SWT “.  Oleh  itu  mujahadah ialah jalan untuk kita mendapat petunjuk daripada Allah SWT  agar petunjuk  itu  masuk  ke dalam hati  kita. Untuk melaksanakan mujahadah ini kita perlu mengikuti jalan yang  betul iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

eygjmjghmj.jpg

 Hidayah Allah SWT merupakan mukaddimah kepada taqwa. Ini  bermakna  taqwa itu  diperolehi  hasil  dari  anugerah hidayah  yang  diberikan oleh Allah SWT kepada  orang-orang  yang bermujahadah. Ini bererti seseorang itu tidak boleh  menjadi  orang yang  bertaqwa dengan akal fikirannya sendiri , dia  nak  berubah menjadi  orang  yang  baik dengan menggunakan  akal  fikiran  dia sendiri. Firman Allah  SWT :

“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami,benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan    kami.     Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat baik “. ( Surah al Ankabut : 69 )

Ini    merupakan   janji-janji   Allah s.w.t  kepada    mereka    yang bermujahadah,  Allah s.w.t  akan   berikan   kepada   mereka    hidayah.   Sesungguhnya   Allah s.w.t   tidak  pernah  memungkiri   janjinya.   Sesungguhnya  Allah benar-benar akan berserta dengan  orang-orang yang berbuat baik. Mujahadah  akan membawa  kita kepada hidayah sementara hidayah pula akan  membawa kita kepada taqwa.  

praying.jpg

Satu perkara penting dalam bermujahadah dan  mendapatkan hidayah daripada Allah SWT ialah  uslub  ataupun jalan-jalan  yang  kita  lalui untuk  bermujahadah  itu  mestilah mendapat  taufik ataupun persetujuan daripada Allah SWT. Titik-tolak  yang betul untuk mendekatkan  diri  kepada Allah SWT ialah dengan bermujahadah. Kita berjihad dan  berusaha. Sebab  itulah  ulama’-ulama’ yang  muktabar  menggariskan  bahawa jihad  itu perlulah dijadikan sebagai matlamat hidup kita.  Dalam hal matlamat hidup ini sekiranya kita baca  Allah SWT berfirman;

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya  mereka semua beribadah(mengabdikan diri) kepadaKu”.   (Surah az Dzariyat : 56) 

Matlamat  kita  ialah  untuk beribadah  kepada  Allah, atau dalam erti kata lain ialah  jihad  untuk  mencari keredhaan Allah. Kita  diwujudkan  adalah  untuk berjihad  menegakkan kalimah syahadah, menegakkan deen Allah  SWT di atas muka bumi ini. Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berterusan  dan perlu   diutamakan  kerana  hal  ini  telahpun  dinyatakan   oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud  : 

   Seutama-utama jihad ialah orang yang berjihad terhadap  hawanafsunya dalam mentaati Allah azzawajalla  “. 

Jihad melawan hawanafsu ini pula terbahagi kepada 4 bahagian:- 

1.   Berjihad  untuk mendapat  hidayah(petunjuk)  daripada  Allah SWT.- kita berusaha, berikhtiar untuk mendapat petunjuk  daripada Allah SWT.(petunjuk Allah ialah Islam itu sendiri).

 2.  Melaksanakan Islam, petunjuk Allah SWT itu di dalam kehidupan kita setiap hari dalam pelbagai aspek kehidupan kita.                            

 3.   Menyampaikan  Islam yang telah kita  laksanakan  itu  kepada orang lain.

 4.   Bersabar di dalam menyampaikan Islam kepada orang lain.

  Jadi  ada 4 peringkat jihad di dalam melawan hawa  nafsu  ini maka  barulah  sempurna  proses  jihad  melawan hawa nafsu ini.  Di   dalam   hal   bermujahadah  ini   Ustadz   Syed   Hawwa menjelaskan,”   Kita  mestilah bermula daripada noktah  iman  kepada Allah SWT dan bermula dengan noktah mentauhidkan/mengEsakan Allah SWT   “. 

Mujahadah yang betul itu mestilah bermula  dengan  beriman  kepada  Allah  dan beriman kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang lain serta bermula dengan mentauhidkan dan mengEsakan Allah  SWT. Mujahadah itu mestilah bertitik-tolak dengan beriman  kepada Allah  dan  beriman  kepada prinsip-prinsip  keimanan  yang  lain seperti  beriman kepada Muhammadur Rasulullah.  

By Abu Umar

Edited: Nazihah

 

                                                                         

Comments (2) »

BIMBINGAN TAHAJJUD

2mata.jpg

By Ustaz Muhtad Yusoff 

Firman Allah s.w.t:

“ Dan pada waktu malam maka hendaklah engkau tunaikan tahajjud” 

 Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

“ …..dan solatlah dimalam hari ketika manusia lain sedang tidur, Allah akan memasukkan kamu kedalam Syurga dengan sejahtera”                                                                                           

Dan sabda baginda lagi:

“ dua jenis mata yang tak akan disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana takut pada Allah dan mata yang berjaga kerana berjihad dijalan Allah” 

BILANGAN RAKAAT

Tiada had rakaat yang terbanyak, tetapi sekurang-kurangnya adalah 2 rakaat. 

WAKTU SOLAT

Selepas tidur setelah selesai solat Isya’ dan waktu yang terbaik adalah di sepertiga malam 

CARA-CARA MENUNAIKAN SOLAT

Kaifiatnya adalah sama dengan solat-solat sunat yang lain dan lafaz niatnya adalah seperti berikut:            

“ Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala” 

Pada rakaat yang pertama, selepas bacaan Doa Iftitah dan Al-Fatihah dibaca Suroh Al-Kafirun dan pada rakaat yang kedua dibaca Al-Ikhlas.

 Bagi sesiapa yang tidak menghafaz kedua-dua suroh ini, boleh membaca mana-mana dari suroh Al-Quran yang dihafaznya.  Sunat mengerjakan solat ini dua rakaat satu salam. Memanjangkan qiam adalah lebih afdhal daripada banyak rakaat.    

 

 Alhamdulillah…baru saat ini saya merasai betapa luasnya jalan untuk mendekati Allah….

going-for-higher-imaan.jpg

Edited by: Nazihah

Leave a comment »

Merenungi Anugerah Air

terjun.jpg

Sesungguhnya hati orang Mu’min sentiasa peka dengan suasana, kenikmatan, peluang dan anugerah yang beredar disekitarnya. Ini kerana di jiwa mereka bersemadi iman yang mendalam kepada Rabbnya. Marilah lihat alam disekelilingmu. Pernahkah kita terfikir betapa agungnya anugerah air yang telah Allah limpahkan kepada kita? Setiap hari yang kita lalui; bermula detik subuh untuk berwudhu’ sehinggalah menjelang ‘Isya’ untuk berwudhu’ juga kita sentiasa berinteraksi dengan air. Subhanallah… Firman Allah Yang Maha Bijaksana:

 “….dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriamn?”

( Al-Anbiya’: 30)

         Renungkan wahai saudaraku! Allahu Rabbul Alamiin memberi anugerah kepada hamba-hambaNya yang taat mahupun ingkar air tawar. Dengan air itu makhluk di permukaan bumi baik binatang mahupun tumbuh-tumbuhan dapat melangsungkan kehidupan. Perhatikanlah kehalusan dan kelembutan air hingga ia mampu meresap ke dalam lapisan-lapisan bumi yang tebal, lalu akar tumbuhan pula dapat menyerapnya. Kerana kehalusan inilah air dapat mengalir naik ke puncak batang pohon supaya suhunya dapat dikawal.  Subhanallah….maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 

 air.jpg 

“…lalu dengan air itu Kami tumbuhkan kebun-kebun yang berpandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah kaum yang menyimpang (dari jalan kebenaran)”

( An-Naml: 60)

Apabila Allah mengizinkan adanya kehendak atau rasa untuk menghabiskan minuman, air tersebut mendorong makanan ke dalam perut binatang sampai pada tempatnya. Lalu Allah memberikan rasa segar bagi yang meneguknya sehingga si peminum menemui kenikmatannya. Tatkala daripada seteguk air manusia menemui kesulitan untuk mendapatkannya, maka sesungguhnya dia rela menyerahkan segala kekayaannya untuk mendapatkan air tersebut.  Dia merasai halusnya minuman hingga ia sangat mudah ditelan, tidak lekat dan melekit. Ironisnya,hamba-hamba Allah alpa dari nikmat yang besar ini.

autumn1.jpgautumn8.jpgautumn7.jpg

Air diciptakan Allah dapat menghilangkan kotoran yang menempel di badan,pakaian dan sebagainya. Dengan air juga Allah membasahkan debu-debu dan dapat digunakan oleh manusia sebagai bahan binaan bangunan dan keperluan lainnya. Dengan air, setiap yang kering menjadi basah yang tidak mungkin dapat digunakan dalamkeadaan kering. Contohnya seperti simen dan tanah liat. Dengan air, kobaran api yang garang dapat dipadamkan. Kerana air pula ia mampu membesarkan api yang nyaris meragut sesuatu yang disayangi manusia.  Dengan banyaknya air di muka bumi, manusia mencipta nostalgia di tasik-tasik, sungai dan jeram, serta lautan membiru. Maka nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan?

Pernahkah saudara membayangkan betapa peritnya menelan ubat tanpa seteguk air? Kita bakal tersedak dan tercekik hanya kerana ketiadaan seteguk air. Saluran pernafasan yang tersumbat juga dapat dihindari dengan seteguk air. Rasa penat dan lelah saudara juga dapat disegarkan dengan simbahan air di tubuh badan. Dengan air juga masakan dapat disaji dengan baik,yang adakalanya lebih menyelerakan tersaji dalam keadaan basah.          Renungkanlah!! Pada umumnya nikmat-nikmat tersebut memang mudah diperoleh serta amat diperlukan, namun manusia terkadang lupa siapa dirinya. Saat kenimatan-kenikmatan itu Allah sempitkan, kehidupan ini terasa begitu payah dan kacau. Allah Yang Maha Suci dan Maha Besar mengkehendaki untuk menurunkan air dan memudahkannya untuk kelangsungan hidup dunia dan isinya, bermula dari bintang, tumbuhan, dan manusia yang manfaatnya tidak akan terhitung oleh sesiapa pun.         Renungkanlah!! Pada umumnya nikmat-nikmat tersebut memang mudah diperoleh serta amat diperlukan, namun manusia terkadang lupa siapa dirinya. Saat kenimatan-kenikmatan itu Allah sempitkan, kehidupan ini terasa begitu payah dan kacau. Allah Yang Maha Suci dan Maha Besar mengkehendaki untuk menurunkan air dan memudahkannya untuk kelangsungan hidup dunia dan isinya, bermula dari bintang, tumbuhan, dan manusia yang manfaatnya tidak akan terhitung oleh sesiapa pun.

thumb-p1080070.jpg
by: Nazihah Nawawi

 

Leave a comment »

Andai hidup tanpa IMAN yang HIDUP

 img_0353.jpg 

Suatu pagi saya bangun dari tertidur sedikit lewat dari hari-hari biasa. Saat itu saya merasakan seolah-olah ada beban berat yang menghentam lubuh perasaan ini. Saua beristighfar berkali-kali. Tetapi hati saya tetap serabut. Saya tidak tahu apa puncanya. Saya keluar dari bilik tidur menuju ke ruang tamu. Melihat bebanan kerja hati saya bertambah kacau. Ergh…..saya mendengus. Benci..!! Saya duduk di hadapan laptop. Saya  beristighfar lagi. Hati tetap resah gelisah. Saya membuka foldera Al-Quran dan memilih beberapa Surah untuk didengarkan oleh sang jiwa ini. Dari satu surahke satu surah…namun tiada perubahan.

Ahh, kenapa ni? Matikah hatiku? Perhatian saya ubah kepada alunan nasyid pula. Manalah tahu….kalau-kalau ada yang boleh menyentuh hati ni. Malang, tiada juga. Saya terduduk di birai katil. Fikiran saya fokuskan kepada amalan saya di hari semalam. Ishk….apakah ada dosa besar yang saya lakukan? Rasanya tidak ada, Na’uzubillah. Habis tu kenapa dengan kalbu ini? Saya berasa tidak bermaya untuk meneruskan hidup pada hari itu. Saya termenung lagi….datang pula godaan untuk tidur semula. Saya meletak kepala di atas bantal dan memejamkan mata.

Seketika kemudian, Cebisan iman bersuara ”Bukankah kau sudah tidak ada masa lagi untuk duduk berehat? Baru semalam kau melihat masyarakat derita tanpa sentuhan iman. Bangun!! Jangan sekali dibazirkan hidupmu, berdosa.” Lantas saya bangun diiringi satu hembusan nafas panjang. Saya gagahkan kaki menuju ke meja studi.

 examskkk.jpg

Tangan mula membuka kitab-kitab Kimia yang tebal dan berat. Melihat assestment yang banyak, luntur pula semangat tadi. Nantilah buat, bisik saya lagi. Saya buka pula kitab Unit Operation. Banyak pula equation dalam multi-stages ditillation ni. Tukar lagi buku lain…Thermodyanamic. Terkenang pula Test 1 yang baru berlepas bebrapa hari lalu. Tak aci punya lecturer….siapa bawa reference book boleh buat rujukan. Pehh….tak aci betul!! Mana ada orang datang test bawa buku, getus saya lagi. Sabar. Akhirnya semua kitab yang dibuka ditutup kembali. Kini sahlah, something is wrong with my heart. Malam semalam saya tidur tersangat lewat, menghampiri jam 4pagi baru saya masuk tidur. Biasanya jam 3 palimg lewat. Kalau bukan kerana keuzuran yang Allah berikan padaku, ingin sahaja aku mendirikan solah taubat dua rakaat. Malang sungguh….getus saya. Tetapi wajarkah semua ini menjadi alasan untuk berjauhan dengan Allah? Tentunya tidak! Saya pujuk sang kalbu, mmberitahu diri bahawasanya saya telah terlupa membaca Al-Ma’thurat semalam. Ya Allah, mudahnya hati ini lemah…..sedangkan perjuangan masih terlalu panjang. 

ojogh1.jpg

jAngan KenaL eRti puTus AsA KErANA muKmin iTu seNtiasa diTemanI Rabbnya….

Leave a comment »