Klik untuk senarai penuh

24 Jan

Klik pada ikon dibawah untuk melihat senarai penuh entri.

 

Daie yang melupakan dirinya sendiri

27 Jan

Pantang tiba hujung minggu, pasti dirinya lesap.

Kalau tidak menghadiri daurah, dia menziarah ke rumah mad’unya.

Tidak cukup dengan itu, ada beberapa usrah dipegangnya.

Hari ini ke utara negeri, esok pula ke barat.

Duit, tenaga, masa? Dia tidak kisah, semuanya sanggup dikorbankan.

Hari-harinya sibuk. Selesai kuliah, dia bersedia menyediakan bahan pengisian pula.

Taujihnya  menyentuh hati-hati yang mendengarnya.

Dia menekan pentingnya tarbiyah islamiyah. Dia mengingatkan perlunya rasa takut pada Allah.

Begitulah, saban minggu, bulan berganti bulan.

Hingga tiba satu detik, mad’unya mula liat datang usrah. Kedatangan makin berkurangan. Kalau yang datang pula, lewat bukan sekejap. Kadang-kadang hampir satu jam lewatnya.

Dia mula pening, merasa anak usrahnya salah.

Apabila keadaan makin memburuk, sehinggakan tiada langsung yang hadir, dia langsung putus asa. Tidak bersemangat lagi untuk meneruskan.

Sedangkan dia lupa, sebelum itu dia terlupa menguatkan dirinya.

Dia melarang orang berbuat itu ini, sedangkan dia sendiri tidak meninggalkannya.

Dia menyuruh orang untuk buat itu dan ini, sedangkan dia tidak melengkapkan dirinya dengan itu dan ini.

Sibuk ke sana ke mari, dia rasa dia tidak banyak masa.

Jadi solat dhuha pun makin ditinggalkan. Al-mathurat pula dah rasa liat. Bacaan Al-Quran semakin hari semakin berkurang. Nanti dulu katanya.

Apabila pulang, sudah kepenatan. Konon hiburkan hati menghadap laman sesawang yang berbagai ini dulu. Kebetulan waktu solat pun masuk, tangguh dulu, katanya badan penat sangat, takut nanti tidak khusyuk. Akhirnya berlama-lama di hadapan alam maya, sehingga tidak sedar waktu tinggal singkat untuk solat. Baru dia terkejar-kejar. Malam menjelma, dan tidur. Terlalu penat,  sudahnya tak bangun qiyam. Lagi teruk semakin hari subuh pun tertinggal!

Tetapi apabila masalah menimpa usrahnya dia katakan kesalahan anak usrahnya.

Sedangkan semuanya berlaku kerana kelalaiannya sendiri. Mana mungkin Allah akan membantu hambaNya yang lalai? Mana mungkin!

Inilah kisah daie, yang menjadi jambatan kepada orang lain untuk masuk syurga, tetapi dia sendiri mencampakkan diri ke dalam jurang neraka.

Inilah kisah daie yang melupakan dirinya sendiri.

Nauzubillah min zalik.

~Ya Allah, selamatkanlah kami dari kejahatan tangan kami sendiri dan tetapkanlah hati kami dalam keimanan dan ketaatan.Ameen!~

 

 

Tags: , ,

Puisi Si Pendosa

23 Jan

Wahai Si Pendosa! Takutlah kepada Allah!

Si pendosa,

Kami lah itu,

Cuba merenung keadaan diri,

Betapa banyak dosa tercalit,

Malam bertaubat siang bermaksiat,

Mungkin kami lupa,

Ada yang mencatat setiap amalan,

Mungkin kami lupa,

Walau dipadam dan disembunyikan dari pandangan manusia,

Allah dan malaikatNya atid dan raqid tetap melihat.

Si pendosa,

Kami lah itu,

Kami tahu pembalasan itu pasti,

Kami tahu Dia menghitung segala amal,

Tetapi kenapa kami tetap berbuat maksiat?

Ingatlah, dosa yang seronok itu,

Keseronokannya hanya sebentar,

Sedangkan dosanya berpanjangan.

Allahu Rabbi,

Lindungilah kami daripada bermaksiat kepadamu,

Selamatkanlah kami daripada fitnah dunia,

Kami memohon perlindungan,

Dari kejahatan anggota badan kami sendiri.

Ameen!

Menarik sebelum ini :

Tags: , ,

Apa ertinya saya seorang bakal guru?

10 Jan

Sekolah : Antara tempat pertama manusia mengenal masyarakat

Hari ini tiba-tiba teringat kenangan berpraktikal di sekolah bermula hujung Oktober yang lalu hinggalah ke pertengahan Disember. Banyak perkara yang saya pelajari. Antara peristiwa yang masih berbekas di ingatan dan hati adalah ketika sedang melakukan observation semasa form time. Tiba-tiba, ada seorang murid lelaki menegur saya.

Miss, how long you’ve been here? ” Budak lelaki berumur sekitar 12-13 tahun itu menyapa. Saya sedikit terkejut. Cuba mengingat kembali hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah.

She had been here since last month.” Tiba-tiba satu suara mencelah. Milik kawannya yang duduk di sebelah. Saya hanya tersenyum dan mengiyakan.

Miss, can I ask you something? “Dia tidak terhenti setakat itu rupanya.

Stop asking her question.” Sekali lagi, sebelum sempat saya menuturkan bicara, kawannya disebelah mencelah. Terkoyak senyum saya. Macam-macam. Mungkin si kawan risau si penanya menimbulkan ketidakselesaan kepada saya.

It’s alright, go on.” Saya membalas ringkas.

I just wondering, why do you want to be a teacher miss?” Saya terdiam. Tidak disangka soalan itu yang akan ditanya. Terasa macam menjawap soalan assignment pula sebab task pertama yang kami perlu siapkan pada awal program dulu ada terkait soalan ini.

What do you think?” Sengaja saya bertanyakan kembali. Ingin mendengar pendapatnya berkenaan kerjaya yang bakal saya tempuhi ini.

Continue reading 

Tags: , , , , , , , ,

Majlis Graduasi yang sebenar

7 Jan

Graduan-graduan

Result dah keluar.”

Membaca status salah seorang coursemate di FB itu benar-benar buat jantung berdegup laju. Keputusan keluar awal daripada yang dijangkakan. Tambah menyesakkan jiwa apabila mendapat mesej daripada seorang teman lokaliti.

“Hey Husna, have you check your result? Its up already.” Setiap tahun, dialah yang paling rajin bertanya.

Portal myKCL dibuka. Mencari pautan keputusan peperiksaan. Dapat.

Jari diletakkan di atas pad cursor di laptop, mencari-cari pautan yang berkenaan.

“Ya Allah, takutnya.” Tak tahu kenapa perkataan itu yang keluar dari bibir ini. Tangan segera dialihkan daripada laptop dan menutup wajah. Saya benar-benar risau, takut, cuak ketika itu. Sangat takut jika keputusan yang keluar tidak seperti yang dihajati. Jantung terasa berdegup laju.

Terasa bagai segala hidup saya tergantung pada keputusan ini.Fikiran buruk mula menerjah, kalau tak lepas macam mana? Apa aku nak buat lepas ni? Macam mana dengan amanah orang yang dipikul atas bahu?

Continue reading 

Tags: , , , , , , , ,

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.